TMJ turun padang melawat daerah Tangkak dan Muar

TMJ turun padang melawat daerah Tangkak dan Muar

TMJ turun padang melawat daerah Tangkak dan Muar.Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan meneruskan tinjauan situasi banjir di daerah Tangkak dan Muar hari ini.

Tunku Ismail sempat melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Agama Bandar Tangkak untuk mendapat perkembangan terkini mengenai bencana banjir di Tangkak.

“Seterusnya, saya telah pergi ke daerah Muar untuk meninjau situasi banjir di sana. Terima kasih kepada agensi-agensi kerajaan dan badan keselamatan, pejabat-pejabat daerah dan NGO-NGO Johor yang telah memastikan kesiapsiagaan yang tinggi dalam menghadapi bencana banjir ini.

Tmj

“Saya sentiasa doakan yang terbaik untuk rakyat Johor dan semoga anda semua dilimpahi berkat Allah SWT,” titahnya dalam satu kenyataan di sini.

Baginda turut membuat lawatan ke Pejabat Daerah Muar yang kini dijadikan Pusat Kawalan Operasi Banjir dan disertai Pegawai Daerah Muar, Mustaffa Kamal Shamsudin bersama-sama agensi-agensi di daerah Muar.

Setakat ini, terdapat 31 mangsa daripada tujuh keluarga yang telah dipindah ke PPS tersebut.

Bantuan keperluan asas telah diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir oleh Johor Military Force (JMF) dengan bantuan Southern Volunteers.

Baca :Kampung Morten banjir, Sungai Melaka melimpah

COMMENTS