TMJ hadiahkan Bunga, juadah buat MB Kedah

TMJ hadiahkan Bunga, juadah buat MB Kedah

TMJ hadiahkan Bunga, juadah buat MB Kedah.oleh kerana ‘gurauan manja’ antara pemilik pasukan JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan Menteri Besar Kedah merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor jelas menghiburkan penyokong kedua-dua pasukan.

Tunku Ismail dan Sanusi masing-masing ‘berperang’ menerusi laman media sosial bermula daripada sebelum aksi suku akhir pertama di Stadium Darul Aman malam tadi sehinggalah ke hari ini.

Bukan setakat berentap di atas padang malah ‘suasana’ di luar padang turut menghangatkan lagi pertemuan antara kedua-dua pasukan yang ketika ini sedang mencari slot ke separuh akhir saingan berprestij itu.

Terbaru, Sanusi berkongsi ‘hadiah’ yang diberikan oleh Tunku Ismail menerusi akaun Facebook rasminya,

TMJ

Menjunjung Kasih TMJ HRH Crown Prince of Johor atas kiriman bunga dan McD… hari khamis ni kita berentap lagi.

“Kalah, seri atau menang adalah adat perlawanan… kasi panas line tu wajib laaa,” katanya menerusi hantaran terbarunya itu.

BACA: Kehadiran Bekas TYT Beri sinar Positif Kepada Pakatan Harapan

COMMENTS