Tips masak jering rebus untuk rasa lebih padu

Tips masak jering rebus untuk rasa lebih padu. “Lagi lama direbus lagi sedap dimakan. Biasanya jering ini akan direbus antara tiga hingga lima hari sebelum dijual,” kata Ali Ismail dari Kampung Bukit Besar, di sini.

Menurutnya, sebelum berniaga jering rebus dia merupakan seorang mekanik kenderaan namun sejak lima tahun lalu dia beralih kepada perniagaan jering rebus di bangsal yang terletak di pekarangan rumahnya.

Katanya, dua jenis jering digunakan iaitu jering padi dan papan yang mana bekalannya diperoleh daripada Terengganu, Perak, Kedah dan Thailand.

“Selepas dikupas jering akan direbus di dalam periuk besar menggunakan kayu api antara tiga hingga lima hari sehingga empuk dan getah pada jering sudah tiada.

“Lagi lama direbus lagi sedap rasanya dan pernah jering ini saya rebus selama lima hari lima malam sebelum dijual,” katanya yang berusia 61 tahun.

Tips masak jering rebus untuk rasa lebih padu

Menurutnya, setiap periuk boleh memuatkan lebih 8,000 keping jering dan saya menggunakan empat periuk dalam satu-satu masa bergantung kepada permintaan.

Katanya, jering bermusim namun sekiranya tiada bekalan jering tempatan saya akan menempah jering dari negara jiran bagi mengelak terputus bekalan.

Ali berkata, jering rebus merupakan makanan tradisional yang dimakan bersama kelapa parut dan kudapan itu mempunyai peminatnya yang tersendiri.

“Kombinasi antara jering dan kelapa akan menghasilkan rasa lemak, manis dan masin, manakala rasa pahit jering juga sudah tidak dirasai berikutan ia sudah direbus.

“Jering mentah diperoleh dengan harga RM60 hingga RM80 sebakul yang mengandungi kira-kira 1,000 biji,” katanya.

Menurutnya, jering yang direbus dengan resepi tersendiri itu dijual dengan harga RM5 secawan bersama kelapa parut.

Katanya, jering rebus merupakan makanan orang dulu-dulu kerana buah jering mudah diperoleh berbanding sekarang namun dia tidak menyangka permainannya masih tinggi.

Nurul Nibiatul Ahmad Saufi, 19, dari Kampung Pasir Panjang di sini, berkata, dia merupakan penggemar jering rebus dan sentiasa singgah di gerai berkenaan untuk membeli jering rebus.

“Rasa jering rebus tidak seperti jering yang dimakan sebagai ulam itu membuatkan saya menggemarinya.

“Sekarang memang sukar untuk mendapatkan jering rebus kerana ia merupakan buah bermusim namun di gerai Pak Ali, ia boleh diperoleh sepanjang tahun,” katanya.

BACA:

Filem India kait rasuah dengan Malaysia, “Gitu je maruah kena pijak”

Rombongan besar ke Mesir dipertikai saat anak syarikat berhutang

Harga getah sedang naik, dijangka cecah RM3.50 hujung tahun ini