Tingkap rumah menjadi punca perbalahan suami isteri

Tingkap rumah menjadi punca perbalahan suami isteri

MESKIPUN dikenali sebagai seorang lelaki bertanggungjawab dan suami yang penyayang, namun Yoo Jae-suk mengakui, tidak pernah terlepas daripada bergaduh dengan isterinya.

Menerusi episod terbaharu Running Man, Jae-suk tanpa berselindung mengakui dia dan isteri pernah berbalah meskipun ramai beranggapan kehidupan berumah tangga mereka aman damai.

“Ketika sudah berkahwin, kita tidak akan terlepas daripada bergaduh disebabkan perkara kecil.

“Contohnya, saya buka tingkap di rumah sebab berasa panas. Tetapi isteri pula kata dia kesejukan. Semudah itu,” dedahnya.

Ditanya tentang cara penyelesaian perbalahan kecil tersebut, pengacara terkenal itu menjawab cara berseloroh.

“Tuan rumah saya ialah Na Kyung-eun (nama isterinya),” ujarnya bersambut tawa ramai.

Peminat menyifatkan Jae-suk sebagai lelaki dan suami yang hebat kerana bijak mengambil hati isterinya meskipun adakala berbeza pendapat.

Berita Penuh :https://www.kosmo.com.my/2021/05/25/tingkap-rumah-punca-jae-suk-isteri-bergaduh/

COMMENTS