Tindakan Warga Myanmar Ini Buat Netizen Terharu

Tindakan Warga Myanmar Ini Buat Netizen Terharu

Tindakan Warga Myanmar Ini Buat Netizen Terharu.Sedia maklum, ketika ini beberapa kawasan telah dilanda bencana banjir. Malah, beberapa hari yang lalu juga tular mangsa banjir terpaksa pecah masuk kedai serbaneka demi mencari makanan.

Terbaharu, pengguna Twitter @patiqahpott telah berkongsi kisahnya ketika berdepan bencana banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam. Menerusi video yang dikongsinya, dia bersama rakan tersangkut dalam rumah dan kelaparan disebabkan bantuan tidak tiba kepada mereka.

Menjadi perhatian ramai apabila jirannya warga Myanmar bertindak menawarkan makanan kepada mereka dan juga bertanya jika memerlukan mi segera kerana mahu membeli makanan dengan berenang dalam banjir.

Bukan itu sahaja, jirannya itu turut meminjamkan dapur kepada mereka untuk memasak kerana mereka tidak sempat membawa naik dapur. Keprihatinan jiran mereka itu mencuri tumpuan ramai.

Rata-rata netizen memuji tindakan jirannya yang sanggup membantu walaupun turut terkesan kerana banjir. Malah, para netizen turut berasa terharu kerana jirannya itu sanggup berenang ke rumah wanita tersebut untuk menghantar bekalan makanan dan juga dapur memasak.

BACA;

Timbunan emas banyak di jumpai di jalur tengah
Tular Lampu isyarat hijau hanya 1 saat di Melaka

COMMENTS