Tindakan ‘kejam ’ Kekasih Bapa Bongkar Segala-Galanya

Tindakan ‘kejam ’ Kekasih Bapa Bongkar Segala-Galanya

Tindakan ‘kejam ’ Kekasih Bapa Bongkar Segala-Galanya.Malang nasib yang menimpa seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun, susulan dipercayai telah dikurung oleh kekasih bapanya sehingga menyebabkan dia mati kelaparan.

Bagaimanapun, suspek dikenali sebagai Leticia Bravo berusia 39 tahun telah ditahan oleh pihak polis.

Menerusi laporan yang dipetik daripada Daily Star, kanak-kanak kecil ini dikatakan telah dikurung di dalam bilik tidur sebelum dia mati kelaparan . Mengulas lebih lanjut, bapa kepada kanak-kanak ini Arturo Cuacuas, turut ditahan oleh pihak polis.

Pihak pendakwa menjelaskan mangsa Peter Cuacuas, telah dikunci dari luar bilik ketika tinggal bersama Bravo pada setiap hari kecuali hari Sabtu.

Susulan daripada itu, mangsa sejak Januari yang lepas gagal untuk menghadiri kelas secara atas talian walaupun terdapat perbincangan yang telah berlaku antara Bravo dan pihak sekolah.

Sehinggalah 10 Februari yang lalu, Bravo didakwa membawa mayat kanak-kanak itu ke Hospital Hospital St Luke di Newburgh. Hasil bedah siasat mendapati kanak-kanak ini meninggal dunia berikutan kekurangan zat makanan dan beratnya ketika itu adalah 16.7 kilogram.

Jika sabit kesalahan, Bravo boleh dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan bapa kanak-kanak ini turut berdepan dengan dakwaan cuai terhadap anak sendiri.

Sumber: https://ohbulan.com/kanak-kanak-7-tahun-gagal-hadiri-kelas-atas-talian-tindakan-terlampau-kekasih-bapa-bongkar-segala-galanya

Menarik : Dashcam Canggih Seperti ‘Jarvis’ Ini Curi Tumpuan Netizen

COMMENTS