Tiga remaja mandi pantai Paka ketika air pasang besar di kecam netizen

Tiga remaja mandi pantai Paka ketika air pasang besar di kecam netizen

Tiga wanita mandi ketika air pasang besar di kecam netizen.Aksi berani mati tiga remaja perempuan mandi di kawasan pantai Paka di sini ketika fenomena air pasang besar, mengundang kemarahan ramai.

Rata-rata netizen mengutuk perbuatan degil mereka mengabaikan keselamatan diri seolah-olah tidak takut risiko dihanyutkan ombak dan kehilangan nyawa.

Menurut laporan utusan online .Gambar remaja berkenaan tular selepas dikongsikan seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Mohd. Ibn Halim dalam kumpulan komuniti di laman sosial berkenaan, semalam.

Mohd. Halim mempersoal keberanian mereka berada di pantai terutama pada musim tengkujuh ketika ini.

Perkongsian itu mendapat lebih 600 tanda suka dan hampir 400 komen.

Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paka memaklumkan, rondaan dan pemantauan segera dilakukan di lokasi kejadian sebaik sahaja gambar kumpulan remaja berkenaan dimuat naik di Facebook, pagi semalam.

“Tinjauan mendapati tiada pengunjung yang mandi di sana. Bagaimanapun kita menasihatkan orang ramai supaya menjauhi kawasan pantai dan jangan sesekali bertindak berani dengan mandi dalam keadaan air pasang besar,” katanya hari ini.

Fenomena air pasang besar diramalkan berlaku selama 10 hari bermula Jumaat lalu hingga 12 Disember ini

Baca :Apakah Misteri MH370 akhirnya akan terungkai ?

 

COMMENTS