Tiba-tiba kena tampar lepas cium dahi tunang, ini sebabnya

Tiba-tiba kena tampar lepas cium dahi tunang, ini sebabnya. Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan kejadian seorang lelaki yang ditampar bakal isterinya selepas mencium dahi wanita itu ketika majlis pertunangan.

Video tersebut dimuat naik dalam akaun Instagram @magelang_raya.

Rakaman memaparkan sebuah majlis pertunangan dengan pasangan itu sedang menyarung cincin di hadapan ahli keluarga. Lelaki berbaju batik dan berseluar hitam itu dilihat menyarung cincin pada jari manis bakal isterinya.

Selepas itu, dia secara tiba-tiba memegang kepala lalu mencium dahi wanita itu di hadapan orang ramai, lapor Kosmo.

Tiba-tiba kena tampar lepas cium dahi tunang, ini sebabnya

Wanita berkenaan dilihat terkejut, lantas menampar tangan lelaki itu.

BACA:

Tidak lagi pertahan, Afdlin kini sokong kelab komedi ditutup kerana sebab ini

Dukung anak sambil buat kerja, tindakan bapa tunggal ini undang simpati ramai