Tiap pagi jiran beli Roti Canai, sedap ‘memang terbaik’ respon jiran

Tiap pagi jiran beli Roti Canai, sedap ‘memang terbaik’ respon jiran. Mengusahakan sebuah perniagaan memerlukan kos yang tinggi dan tempat yang strategik bagi menjana untung dan dikenali orang ramai.

Namun tak semua peniaga mempunyai modal yang besar untuk menampung kos sewa bangunan yang semakin meningkat. Untuk berjimat, ada yang membeli khemah dan menjual di tepi jalan raya yang sibuk, ada juga yang buat cara lain.

“Memang Terbaik!” – Peniaga Buka Gerai Roti Canai Tepi Rumah, Tiap Hari Jiran Datang
Terbaharu, seorang wanita atikahcheesetart memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi lokasi ‘unik’ sebuah gerai yang meyajikan aneka roti canai.

Mungkin ingin menjimatkan kos, pemilik gerai tersebut membuat keputusan untuk meletakkan beberapa buah meja dan kerusi di hadapan rumahnya dan membuka sebuah gerai.

Selalunya perkara itu tidak disukai jiran tetangga, terutamanya di kawasan rumah teres tapi ia tidak menjadi masalah bagi penduduk berhampiran gerai tersebut.

Tiap pagi jiran beli Roti Canai, sedap 'memang terbaik' respon jiran

Malah, seperti wanita ini, mereka akan datang untuk beri sokongan dan menikmati roti canai yang dijual pada tiap-tiap pagi sambil berbual-bual sesama sendiri.

Tambah wanita itu juga, ini merupakan sudah dua hari dia dan keluarga ke sana untuk menikmati roti canai. Walaupun sedap, dia juga memaklumkan bahawa peniaga hanya membuka gerai hanya pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum sahaja kerana tukang tebar mempunyai kerja lain pada hari biasa.

Menjengah di ruangan komen, hidangan roti canai yang dihantar membuat warganet kecur air liur. Walaupun hanya dijual di hadapan sebuah rumah tapi nampak sangat sedap dan menyelerakan!

Roti Canai Nampak Sedap, Ramai Juga Ingin Cuba
Nak cari rezeki sekarang boleh di mana-mana sahaja. Samada di hadapan rumah sendiri atau di tepi jalan raya, yang penting kita perlulah rajin mengusahakannya.

Kalau anda sanggup ke menjual di hadapan rumah sendiri?

@atikahcheesetart2 hari berturut kami dtg sini..Apa?? Tinggi kalori?? No hal pya lah boleh burn balik..😄♬ suara asli – Langit Musik Indonesia

BACA:

Kerusi ‘pengkhianat’ bakal di’langgar’, Ali Biju pening..

Caprice bengang dengan PU Syed, ini kata-kata PU buat Caprice bengang

Dewan Undangan Negeri Pahang dan Perlis bubar hari ini