Tiada ‘layanan dua darjat’ bagi jemaah ke masjid- Timbalan Menteri

Tiada ‘layanan dua darjat’ bagi jemaah ke masjid- Timbalan Menteri

Tiada ‘layanan dua darjat’ bagi jemaah ke masjid. Tiada mana-mana golongan diberi kelebihan untuk memasuki masjid bagi bersolat jemaah, sebaliknya semua pihak dilayan sama rata dalam tempoh pandemik Covid-19 ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, kerajaan juga tidak mengamalkan pilih kasih, malah tidak ada juga golongan atasan atau ‘kayangan’ yang mendapat kelebihan untuk ke masjid.

Katanya, semua pihak perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan akur peraturan yang ditetapkan termasuk dalam soal had jemaah.

“Saya sendiri pun beratur apabila ke masjid di Putrajaya dan ada tempat yang perlu kita patuhi seperti mana orang ramai.

“Yang paling penting (bagi jemaah) yang hendak ke masjid, perlu (datang) awal untuk mengambil tempat yang sesuai,” katanya yang ditemui selepas menyampaikan sumbangan dan bakul makanan kepada 25 pengayuh beca sempena Program Yadim Peduli: Musaadah Yadim-Bank Islam di sini, hari ini yang turut dihadiri Pengarah Yadim Kelantan, Mahadi Awang.

Tiada

Ahmad Marzuk berkata, selain memastikan SOP dipatuhi, pihaknya juga mengingatkan pengurusan masjid supaya mempunyai budi bicara dalam menentukan kehadiran jemaah dan tidak hanya melayani kumpulan tertentu.

BACA: Selepas Video Tular Jemaah Solat Jumaat, Masjid Putra Tampil Perjelas Hal Sebenar

Menurutnya, SOP kehadiran ke masjid diperbaharui mengikut perkembangan Pelan Pemulihan Negara dan penting untuk negara mencapai imuniti kelompok dan mengurangkan risiko penularan Covid-19 sebelum membenarkan lebih ramai orang ke masjid.

Terdahulu, beliau mengulas mengenai video tular di media sosial sejak semalam, yang menunjukkan sekumpulan orang didakwa golongan kenamaan memasuki masjid tanpa menunggu giliran sedangkan jemaah lain beratur di pintu masuk masjid.

BACA: Tular video Vip boleh masuk masjid solat jumaat

Video itu mengundang pelbagai reaksi masyarakat sehingga ada yang mempersoalkan wujudkan elemen perbezaan dua darjat.

Mengulas perkara itu, Ahmad Marzuk berkata, pihaknya sudah mengenal pasti masjid yang terbabit dan masalah sebenar yang berlaku serta minta pihak berkenaan mengemukakan penjelasan.

“Insya Allah dalam sehari dua lagi perkara ini akan diselesaikan,” katanya.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/09/753521/tiada-pilih-kasih-bagi-jemaah-ke-masjid

 

COMMENTS