Teruk dipukul bekas BF sendiri, gadis luah rasa kesal tak report polis

Teruk dipukul bekas BF sendiri, gadis luah rasa kesal tak report polis. Tular di media sosial berkenanan seorang gadis di laporkan teruk dipukul oleh bekas BF nya sediri.

Menerusi beberapa video yang dikongsikan, gadis ini mendakwa dia dipukul separuh mati oleh bekas kekasihnya sebelum mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan mereka.

Dalam pada itu, turut kelihatan gadis berkenaan dipukul sehingga pipi bengkak, bibir berdarah serta terdapat kesan lebam pada lengannya.

Beliau berkata bukan niat nak buka aib sendiri tapi cuma nak pesan, carilah lelaki yang ada rasa takut untuk memukul kita. Trauma sampai sekarang.

Dalam pada itu juga beliau di laporkan barkata Nak buat report tapi benda dah lama jadi dan muka pun dah elok tapi masih ada kesan. Dia minta maaf sebab dia pukul aku tapi masa dia minta maaf tu dia berbaik dengan bekas teman wanita dia.

Teruk dipukul bekas BF sendiri, gadis luah rasa kesal tak report polis

Dia takut aku buat report polis pasal dia pukul aku separuh mati. Dia buat aku jadi jahat sampai macam ni. Ya aku tahu karma tu ada tapi sampai bila dia nak terlepas macam tu je.

Walau bagaimanapun, dia turut meluahkan rasa kesal kerana tidak membuat laporan polis kerana bimbang bekas kekasihnya itu hilang segala perkara dalam hidup termasuklah keluarga.

Berikut adalah video pengakuan mangsa tersebut :

@nuraina.husni_Bukan niat nak bukak aib sendiri , tapi cuma nak pesan , carilah lelaki yang ada rasa takut untuk memukul kita 🙂 trauma sampai sekarang 😢♬ Rumah Singgah – Fabio Asher

BACA:

Tok Ti buka sekolah untuk anak-anak Gaza di Palestin

Abang Viva kini selesai jalani kursus asas Pertahanan Awam, bakal beraksi misi bantuan

Jelajah AKM akan wujudkan suasana pawagam di Kelantan, tayang filem Mat Kilau percuma