Teruja nak bergambar punya hal iPhone jatuh laut

Teruja nak bergambar punya hal iPhone jatuh laut

Teruja nak bergambar punya hal iPhone jatuh laut.Fify menunjukkan telefon milik ibunya yang terjatuh ke laut, di Telaga Harbour Park, Langkawi, sebelum dibantu oleh beberapa pemuda.

KETERUJAAN sebuah keluarga yang baru tiba di Pulau Langkawi untuk bercuti bertukar detikCemas apabila berdepan dengan insiden yang tdak disangka-sangka.

“Baru sampai Langkawi. Berhenti bergambar kat Telaga Harbour Park, sekali handphone jatuh masuk laut…,” tulis seorang wanita menerusi perkongsian vide0 diaplikasi TlkT0k.

Bagaikan misi pencarian di dasar laut, beberapa individu termasuk ada yang menyelam berusaha untuk mendapatkan telefon pintar yang terjatuh.

Berkongsi pengalaman, wanita itu, Fify Lutfida Zaidi berkata, kejadian berlaku pada pagi Rabu pada hari pertama percutian empat hari dan tiga malam bersama keluarga di Langkawi.

Dia yang berusia 33 tahun itu memberitahu, mereka singgah ke Telaga Harbour Park, sebuah marina kapal Iayar untuk menikmati pemandangan laut.

Sebelum itu kami singgah ke ternpat lain dan sarapan. Lepas tu baru ke Telaga Harbour Park untuk bergambar. Pemandangan di situ sangat cantik, dengan angin kuat.

 

“Saya excited nak bergambar selfie. Masa tengah berkumpul ramai-ramai untuk bergambar di tepi jeti, ada yang jerit kata ada bunyi jatuh,” katanya kepada mStar.

Gambar keluarga sejurus selepas kejadian telefon terjatuh.

Lebih mesra disapa Fify, keadaan bertukar kecoh apabila telefon pintar milik ibunya terjatuh ke laut ketika bersiap sedia bergambar bersama keluarga.
“Waktu itu ibu pegang phone.

Adik perempuan pula nak angkat tangan tertepis tangan ibu masa buat tanda peace. Masa itulah ibu terlepas phone yang dipegangnya.

“Ibu nampak cool, katanya benda dah jatuh nak buat macam mana. Cuma adik yang panik dan rasa serba salah walaupun keadaan berlaku secara tak sengaja,” ujarnya sambil menambah keluarganya datang bercuti ke Langkawi dari Klang, Selangor.

Fify merakamkan kenangan di Telaga Harbour Park.

Tidak berhenti berharap, menurut anak sulung dari tiga beradik itu, ibunya meminta bapanya bertanyakan kepada beberapa pemuda yang merupakan pekerja di kawasan marina itu.

“Ibu suruh ayah tolong tanyakan pada abang-abang kat situ. Mula-mula mereka guna sampan, tengok kat bahagian tepi jeti, tapi kata mereka kena selam ni.
Telefon masih dalam keadaan balk selepas diambil dari dalam laut.

“Mereka tanya kat mana lokasi phone jatuh, bila ditunjuk sekejap je tak sampai lima minit dah jumpa. Dari insiden telefon jatuh dengan menunggu sebab hujan ambil masa sejam untuk dapatkan semula telefon ibu.

“Abang yang menggunakan alat menyelam tu slap tunjuk telefon ibu dengan cover warna kuning. Elok je phone tu dalam keadaan on, ingatkanMati.

“Alhamdulillah phone tu elok, cuma ada masalah masa nak mengecas. Ibu gunakan pengering rambut untuk keringkan phone tu,” ujarnya.

Fify (tengah, belakang) bersama keluarga ketika bercuti di Langkawi.

Menurut Fify, terdapat upah untuk anak-anak muda itu menyelam bagi mendapatkan semula telefon iPhone yang dibeli ibunya berharga kira-kira RM6,000.

“Ayah bayar Iebih sebab hargai kesanggupan mereka untuk menyelam. Ibu kata phone tu boleh beli lain cuma sayang dengan sim card, tapi rezeki ibu sebab phone masih boleh pakai.

“Adik yang terus diam sebab rasa bersalah dah tersenyum. Terima kasih abang-abang tu sebab sudi tolong. Mereka ada kat sana pada waktu tepat,” katanya.

Baca :Misteri kapal Perang Dunia Kedua timbul di permukaan Laut

COMMENTS