Terowong ini didakwa digali oleh ‘Sloth’ gergasi, ini buktinya

Terowong ini didakwa digali oleh ‘Sloth’ gergasi, ini buktinya. Ada Kesan Torehan Di Dinding, Terowong Besar Ini Dipercayai ‘Digali’ Sloth Gergasi

Terowong biasanya dicipta atau dibina oleh manusia atau terbina secara semula jadi selama beribu-ribu tahun oleh pergerakan air. Walau bagaimanapun, di sesetengah kawasan tertentu di Amerika Syarikat terdapat sebuah terowong yang sangat besar untuk manusia ditemui, malah sebuah kereta juga boleh dipandu menerusi terowong ini.

Terletak di Brazil, terowong ini dipercayai bukan dibina oleh manusia tetapi sebaliknya didakwa oleh kawanan sloth gergasi. Menerusia gambar-gambar yang dikongsikan, bahagian dinding terowong ini dapat dilihat kesan cakar yang agak besar dari bahagian bawah terowong hingga ke atas.

Menurut ahli geologi, terowong tersebut digelar sebagai ‘paleoburrows’ dan dipercayai digali oleh spesies sloth tanah gergasi yang kini telah pun pupus.

Profesor di Universiti Persekutuan Rio Grande di Brazil, Heinrich Frank menemukan terowong tersebut secara kebetulan semasa dia melakukan lawatan di sebuah tapak pembinaan.

Terowong ini didakwa digali oleh ‘Sloth’ gergasi, ini buktinya

Memetik Interesting Engineering, Frank bersama pasukan penyelidiknya telah berjaya menemukan lebih daripada 1,500 terowong di kawasan Rio Grande do Sul Sahaja.

Difahamkan, terdapat banyak liang yang lebih besar berukuran ratusan kaki panjang dan bercabang terbentang dari pelbagai arah. Setakat ini, terowong yang mereka temukan paling besar adalah berukuran 2,000 kaki panjang, 6 kaki tinggi. Jika dihitung, kira-kira 4,000 tan metrik tanah telah digali untuk satu lubang sahaja.

Untuk menghasilkan lubang sebesar dan seluas itu, ia berkemungkinan dibina secara bergilir-gilir oleh kawasan sloth berkenaan.

Frank dan rakan-rakannya percaya serta bersetuju dengan fakta bahawa terowong-terowong itu dibina oleh sejenis sloth tanah sebesar gajah Afrika yang hidup sekitar kira-kira 10,000 tahun yang lalu.

BACA:

Khairy dedah kemungkinan tak tanding PRU15

Setelah tular mangsa MH370 masih hidup, anak mangsa tampil bersuara

Siap ada langsir, gelandangan bina rumah atas jejantas