Terlibat skandal rasuah dan penipuan, rakyat Malaysia ditahan

Terlibat skandal rasuah dan penipuan, rakyat Malaysia ditahan. Seorang ahli perniagaan Malaysia yang terlibat dalam skandal penipuan terbesar dalam sejarah Tentera Laut AS berjaya ditangkap semula selepas dia melarikan diri dari tahanan dua minggu lalu.

Suspek dilapork berjaya ditangkap di Venezuela ketika cuba menaiki penerbangan ke Rusia.

Dia sebelum ini dikesan telah memotong gelang pengawasan yang dipasang pada kakinya dan bertindak melarikan diri daripada tahanan rumah di California pada 4 September. Satu waran tangkap Interpool kemudian dikeluarkan ketika pihak berkuasa Amerika Syarikat bertungkus-lumus untuk menahannya semula.

Pada Rabu lalu, lelaki berusia 57 tahun itu berjaya ditangkap di lapangan terbang Simon Bolivar de Maiquetia oleh pihak berkuasa Venezuela.

Interpol berkata dia memasuki negara itu dari Mexico melalui persinggahan di Cuba. Badan polis antarabangsa intu mengesahkan suspek akan diekstradisi kembali ke AS.

Terlibat skandal rasuah dan penipuan, rakyat Malaysia ditahan

Suspek melarikan diri dari tahanan rumah hanya beberapa minggu sebelum dia sepatutnya berdepan dengan hukuman diatas kesalahan yang dilakukannya.

Pada tahun 2015, dia telah mengaku atas tuduhan rasuah dan pernah menjadi saksi untuk pendakwa raya.

Pihak berkuasa telah membenarkan dia ditahan di rumahnya sendiri di San Diego selepas mengadu mengalami masalah kesihatan yang teruk sejak beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk kanser buah pinggang.

Penangkapan semula suspek dianggap sebagai babak tambahan baharu dalam skandal paling memalukan untuk Tentera Laut Amerika Syarikat.

Penangkapan semula adalah babak terbaru dalam skandal memalukan untuk Tentera Laut AS. Jabatan Kehakiman AS sebelum ini menyifatkan ia sebagai penipuan besar yang melibatkan puluhan juta dolar.

Suspek didakwa terlibat dengan skim rasuah yang beroperasi melalui syarikatnya yang berpangkalan di Singapura. Syarikatnya dikatakan memberi perkhidmatan kepada armada Pasifik Tentera Laut AS.

Pendakwa raya berkata dia mengenakan bayaran berlebihan kepada tentera laut sehingga RM 160 juta dan memberi wang tunai kepada pegawai, jamuan makanan mewah, rokok, minuman keras yang jarang ditemui dan pesta seks di hotel mewah.

Dia ditangkap pada 2013, dan mengaku bersalah pada 2015 kerana menawarkan RM 2.2 juta rasuah kepada seorang pegawai tentera laut untuk memberinya kontrak kerja rasmi ke limbungan kapalnya.

Berpuluh-puluh pegawai tentera laut AS juga telah terlibat. Empat telah dijatuhkan hukuman setakat ini dan sekurang-kurangnya 27 kontraktor dan pegawai lain telah mengaku bersalah dan menerima rasuah.

BACA:

Bodyguard dedah rahsia sepanjang bekerja dengan Fazura dan Fattah Amin

Kampus UiTM lubuk pemimpin UMNO buat duit kayakan diri, pemuda ini dedah caranya

Menteri Kewangan umum letak jawatan serta merta