Terkini!!! Suhaimi Saad umum letak jawatan sebagai penyanyi nasyid

Terkini!!! Suhaimi Saad umum letak jawatan sebagai penyanyi nasyid

Dikenali ramai sebagai seorang bekas ahli kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad mengumumkan meletak jawatan sebagai penyanyi nasyid, hari ini.

Pemilik nama Mohd Suhaimi Saad itu membuat pengumuman berkenaan menerusi laman sosial Instagram miliknya.

Letak jawatan sebagai penyanyi nasyid

“SS (Suhaimi Saad) letak jawatan sebagai penyanyi nasyid. Tak perlu panggil Ustaz. Panggil SS atau Mie je. Siapa degil, SS akan kompaun dan blok,” tulisnya.
Menurut pelantun lagu Kembara Ilmu itu, dia meletak jawatan sebagai penyanyi nasyid dan meminta orang ramai tidak menggelar dirinya sebagai Ustaz.

Pada masa yang sama, lelaki berusia 41 tahun tersebut memberitahu kepada pengikutnya yang memintanya menyanyi lagu In-Team sewaktu sesi LIVE.

Beri amaran keras kepada ‘haters’
Selain itu, suami kepada penyanyi Ina Naim itu turut memberi amaran kepada ‘haters’ supaya tidak mengganggu hidupnya.

Ramai tahu bahawa Suhaimi merupakan didakwa sebagai penyokong bumi rata dan seorang antivaksin. Mungkin itulah puncanya dirinya sering menjadi sasaran netizen atau ‘haters’.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya meluahkan rasa sedih tatkala mendapat tahu perkhabaran Suhaimi berkenaan.

Terdahulu, nama Suhaimi menjadi bualan hangat apabila memaki hamun Catriona Ross.

Hal itu berlaku selepas video Catriona menegur segelintir masyarakat Malaysia yang tetap melanggar SOP dan menyalahkan orang lain telah menarik perhatian ramai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Suhaimi Saad (@mosusofficial)

Sumber:https://ohmymedia.cc/tak-perlu-panggil-ustaz-suhaimi-saad-letak-jawatan-sebagai-penyanyi-nasyid/

COMMENTS