Terkini !!! Senarai aktiviti yang dibenarkan sepanjang PKP

Terkini !!! Senarai aktiviti yang  dibenarkan sepanjang PKP

Senarai Perkhidmatan Perlu
Yang Dibenarkan Beroperasi

1) Makanan dan minuman termasuk untuk haiwan
2) Penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet, penjagaan dan klinik haiwan serta perkhidmatan veterinar
3) Air
4) Tenaga
5) Keselamatan (security and safety), pertahanan, kecemasan, kebajikan dan bantuan kemanusiaan
6) Pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dan pembetungan
7) Pengangkutan melalui darat, air atau udara
8) Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang, termasuk pemunggahan, pengangkutan laiter, pengendalian kargo dan pemaliman, dan penyimpanan atau pemukalan komoditi
9) Komunikasi termasuk media, telekomunikasi dan internet, pos dan kurier serta penyiaran (bagi
tujuan penyampaian maklumat, berita dan seumpamanya sahaja)
10) Perbankan, insuran, takaful dan pasaran modal
11) Kredit komuniti (pajak gadai sahaja)
12) E-dagang dan teknologi maklumat
13) Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan serta pengagihan bahan api dan pelincir
14) Hotel dan penginapan (hanya bagi tujuan kuarantin, pengasingan, pekerjaan bagi perkhidmatan
perlu dan bukan tujuan pelancongan)
15) Pembinaan, penyelenggaraan dan pembaikan kritikal
16) Perkhidmatan perhutanan (terhad kepada penguatkuasaan) dan hidupan liar
17) Logistik yang terhad kepada penyampaian perkhidmatan perlu

Senarai Perkhidmatan Perlu
Mengikut Sektor

A- Pembuatan (Kapasiti 60% pekerja)

1) Aeroangkasa (komponen dan maintenance, repair and overhaul – MRO)
2) Makanan dan minuman
3) Bahan pembungkusan dan percetakan hanya berkaitan bahan makanan dan kesihatan
4) Barang-barang penjagaan diri dan bahan pencuci
5) Keluaran penjagaan kesihatan dan perubatan
6) Barang penjagaan diri, peralatan perlindungan diri (PPE) termasuk sarung tangan getah dan
peralatan keselamatan kebakaran
7) Komponen bagi peranti perubatan
8) Elektrikal dan Elektronik (kepentingan rantaian ekonomi global)
9) Minyak dan gas (Oil and Gas) termasuk petrokimia dan produk petrokimia
10) Mesin dan peralatan hanya berkaitan kesihatan dan makanan sahaja
11) Tekstil untuk pengeluaran PPE sahaja
Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan dan pengagihan bahan api dan pelincir

Senarai Perkhidmatan Perlu
Mengikut Sektor

B- Pertanian, Perikanan, Penternakan, Perladangan dan Komoditi (Kapasiti Optima)

1) Pertanian, perikanan dan penternakan serta rantaiannya
2) Perladangan dan komoditi serta rantaiannya (kelapa sawit, getah, lada dan koko)

C- Pembinaan

1) Kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kritikal
2) Kerja-kerja pembinaan infrastruktur awam yang utama
3) Kerja kerja pembinaan bangunan yang menyediakan penginapan pekerja yang lengkap di tapak
bina atau pekerja yang ditempatkan di Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ)

D- Perdagangan Pengedaran

1) Kompleks membeli-belah DITUTUP kecuali hanya premis, pasar raya, pasar raya besar dan departmental store yang mempunyai seksyen makanan dan minuman, keperluan asas, kedai farmasi, penjagaan diri, kedai serbaneka, mini mart dan restoran untuk bawa pulang dan penghantaran ke rumah.
2) Pasar raya, pasar raya besar, kedai farmasi, penjagaan diri, kedai serbaneka dan mini mart serta departmental store dibuka TERHAD kepada seksyen makanan, minuman dan keperluan asas sahaja,
3) Restoran
4) Dobi (termasuk layan diri)
5) Other Specialty Retail Stores (stesen minyak)
6) Kedai penjagaan haiwan dan makanan haiwan
7) Kedai cermin mata dan barang optik
8) Kedai hardware
9) Bengkel kenderaan, penyelenggaraan dan alat ganti
10) E-dagang (semua kategori produk)
11) Pemborongan dan pengedaran (semua kategori produk perkhidmatan perlu sahaja)

E- Lain- Lain
1) Apa-apa perkhidmatan, kerja, industri dan perniagaan sebagaimana yang ditentukan oleh Kerajaan selepas berunding dengan pihak berkuasa yang mengawal selia perkhidmatan, kerja, industri dan perniagaan itu.

Kawalan
Pergerakan

• Mendapatkan barang keperluan harian
• Dibenarkan dalam radius 10 kilometer dari kediaman
• Mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan, ujian saringan, keselamatan atau kecemasan
• Dibenarkan dalam radius 10 kilometer dari kediaman atau ketempat yang paling hampir dengan kediaman
• Urusan kes kematian dan bencana alam
• Dibenarkan dengan kebenaran PDRM
• Urusan berkaitan vaksinasi
• Dibenarkan dengan bukti tarikh vaksin
• Penjawat Awam Tidak dibenarkan hadir ke pejabat kecuali untuk pekhidmatan perlu dengan disertai dokumen arahan rasmi dan pas pekerja.
• Bantuan bencana atau kemanusiaan
• Dibenarkan melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB)

Kenderaan dan Pengangkutan
• 2 orang termasuk pemandu dalam kenderaan persendirian bagi mendapatkan barang keperluan harian
• Dibenarkan dalam radius 10 kilometer dari kediaman atau ke tempat yang paling hampir dengan kediaman
• 3 orang termasuk pesakit untuk mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan,perubatan, keselamatan atau kecemasan
• Dibenarkan dalam radius 10 kilometer dari kediaman atau ke tempat yang paling hampir dengan kediaman
• 2 orang termasuk pemandu teksi dan e-hailingDibenarkan
• Pelabuhan dan lapangan terbang Dibenarkan
• Perkhidmatan pengangkutan awam laut dan darat Dibenarkan terhad 50% kapasiti kenderaan
• Kenderaan membawa pekerja seperti bas pekerja dan van pekerja Dibenarkan terhad 50%
kapasiti kenderaan
• Kenderaan perdagangan dan kenderaan yang membawa barangan perlu (essential)Dibenarkan tertakluk kepada lesen pendaftaran kenderaan
• Kenderaan Jabatan atau Kereta Rasmi JawatanDibenarkan berdasarkan kapasiti kenderaan

 

COMMENTS