Terkini!!! Presiden AMANAH Mohamad Sabu dilihat memasuki Istana Negara

Terkini!!! Presiden AMANAH Mohamad Sabu dilihat memasuki Istana Negara

Presiden Amanah yang juga bekas menteri pertahanan, Mohamad Sabu, tiba dan memasuki pekarangan Istana Negara menaiki kereta Honda CRV putih.

Beberapa pemimpin tertinggi parti politik dalam negara dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara hari ini.

Ia dijangka berlanjutan selama beberapa hari.

Ia berlaku ketika negara terus berdepan dengan ancaman Covid-19 dan darurat masih berkuat kuasa di sebalik pelbagai desakan agar ia ditamatkan, atau parlimen dibuka untuk bersidang.

Malaysiakini melaporkan perkembangan itu secara langsung di sini.

3 petang: Presiden Amanah yang juga bekas menteri pertahanan, Mohamad Sabu, tiba dan memasuki pekarangan Istana Negara menaiki kereta Honda CRV putih.

Sementara itu belum nampak kelibat Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, meninggalkan pekarangan istana selepas memasuki kawasan itu menjelang jam 2 petang tadi.

1.55 tengah hari: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tiba menaiki kereta Vellfire putih. Turut kelihatan dalam kenderaan tersebut ialah Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada Sim akan turut menghadap Agong atau sekadar mengiringi Lim.
Berita Penuh :https://www.malaysiakini.com/news/578150

COMMENTS