Terkini!!! PKPD Kuala Terengganu : 9 SJR, 10 laluan alternatif ditutup

Terkini!!! PKPD Kuala Terengganu : 9 SJR, 10 laluan alternatif ditutup

Sepuluh jalan negeri yang sering dijadikan laluan alternatif untuk pengguna jalan raya memasuki bandar raya ini telah ditutup polis berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, pihak polis juga telah mengenal pasti beberapa laluan tikus lain terdapat di bandar raya ini yang akan turut ditutup jika didapati disalahguna untuk keluar masuk ke bandar raya ini.

Beliau berkata, pada masa sama, sembilan sekatan jalan raya (SJR) telah dibina di laluan-laluan utama di bandar raya ini bagi mengawal pergerakan penduduk 21 mukim terlibat.

“Bagi mengehadkan kemasukan orang ramai ke pusat bandar (Kuala Terengganu) pula, empat pusat pemeriksaan trafik telah dibina di Bulatan Ladang, Jalan Kemajuan, Jalan Sultan Omar dan Pulau Kambing di sini.

“Kesemua SJR berkenaan akan dikawal 150 anggota polis yang turut dibantu 33 anggota Angkatan Tentera Malaysia,” katanya ketika memantau SJR Padang Midin di sini hari ini.

Kerajaan sebelum ini mengenakan PKPD di seluruh 21 mukim di bandar raya ini sehingga 11 Jun depan ekoran peningkatan mendadak kes Covid-19 di lokaliti terbabit.

Antara mukim terlibat ialah Manir, Bukit Besar, Pengadang Buluh, Belara, Paloh, Kubang Parit, Serada, Rengas, Bandar, Chendering, Chabang Tiga, Kepung, Gelugur Kedai, Kuala Ibai dan Atas Tol.

Berita Penuh :https://www.kosmo.com.my/2021/05/30/pkpd-kuala-terengganu-9-sjr-10-laluan-alternatif-ditutup/

COMMENTS