Terkini!!! Permohonan tangguh bayaran balik PTPTN kini dibuka

Terkini!!! Permohonan tangguh bayaran balik PTPTN kini dibuka

Kerajaan bersetuju untuk memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selama tiga bulan kepada peminjam yang layak.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Ser Dr Noraini Ahmad, berkata peminjam yang terkesan boleh mengemukakan permohonan melalui portal rasmi PTPTN mulai esok hingga 31 Ogos depan.

Katanya, keputusan itu dibuat berdasarkan keprihatinan kerajaan yang menyedari terdapat peminjam PTPTN masih terkesan dengan pandemik COVID-19 dan belum berupaya membuat bayaran balik pinjaman.

“Tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman bermula dari bulan permohonan diluluskan dengan butiran pelaksanaan penangguhan bayaran balik pinjaman ini akan diperincikan PTPTN.

“Diharapkan pengumuman ini dapat membantu meringankan beban ditanggung peminjam PTPTN,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh dibuat dengan menghubungi Careline PTPTN di talian 03-2193 3000 yang beroperasi Isnin hingga Jumaat dari 9 pagi hingga 5 petang.

Kerajaan sebelum ini menangguhkan bayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam, mulai 19 Mac hingga 31 Disember 2020 serta penangguhan khas bayaran balik kepada peminjam terkesan selama tiga bulan, antara Januari hingga Mei lalu.

Berita Penuh :https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/06/825902/permohonan-tangguh-bayaran-balik-ptptn-dibuka

COMMENTS