Terkini!!! Penjaja kecil tidak perlu kelulusan Miti

Terkini!!! Penjaja kecil tidak perlu kelulusan Miti

Penjaja kecil di kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak perlu mendapatkan kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) untuk berniaga.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam satu kenyataannya berkata, penjaja kecil ini hanya perlu menunjukkan permit penjaja dikeluarkan oleh PBT.

Bagaimanapun katanya, sekiranya lokasi perniagaan penjaja kecil ini perlu merentas daerah, mereka perlu mendapatkan kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan mengemukakan bukti permit penjaja yang sah.

“Kebenaran untuk berniaga ini hanya terpakai untuk penjaja kecil sahaja dan bukan untuk operasi pasar tani, pasar minggu, pasar malam dan pasar tamu.

“Keputusan ini berkuatkuasa serta merta dan terpakai sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.

“Penjaja kecil yang diberi kebenaran beroperasi dan melakukan pergerakan rentas daerah mestilah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sebelum ini kerajaan mengumumkan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh sehingga 14 Jun ini.

Menerusi sekatan berkenaan, hanya beberapa sektor yang dibenarkan beroperasi dan perlu mendapatkan kelulusan menerusi portal Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 oleh Miti.

Berita Penuh :https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/06/713098/penjaja-kecil-tidak-perlu-kelulusan-miti

COMMENTS