Terkini!!! PDRM umum pertukaran tujuh Pengarah Jabatan Bukit Aman

Terkini!!! PDRM umum pertukaran tujuh Pengarah Jabatan Bukit Aman

Polis Diraja Malaysia (PDRM) malam ini mengumumkan pertukaran 61 pegawai kanan termasuk tujuh Pengarah Jabatan penting di Bukit Aman berkuatkuasa 1 Julai depan.

Menurut Superintendan Komunikasi Korporat Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Superintendan Skandaguru Anandan dalam satu kenyataan berkata,mendahului pertukaran tersebut adalah Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya yang akan bertukar sebagai Pengarah Cawangan Khas.

“Jawatan beliau akan digantikan oleh Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad.

“Manakala Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Ramli Din pula akan bertukar sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman,” ujarnya sebentar tadi.

Jelasnya, penyandang jawatan JPJKK Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim akan berpindah sebagai Pengarah KDNKA Bukit Aman.

“Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din pula akan dilantik sebagai pengarah di jabatan yang sama.

“Komisioner Pentadbiran Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zaini Jass bertukar sebagai pengarah di jabatan yang sama.

“Manakala Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd Jalil Hassan pula dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman mengisi kekosongan Datuk Huzir Mohamed yang bersara wajib pada awal Mei lalu,” ujarnya.

Tambahnya, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias dinaikkan pangkat kepada Komisioner dengan menyandang jawatan yang sama

Berita Peenuh :https://www.kosmo.com.my/2021/05/31/pdrm-umum-pertukaran-tujuh-pengarah-jabatan-bukit-aman/

COMMENTS