Terkini !!! Lima kawasan dikenakan PKPD

Terkini !!! Lima kawasan dikenakan PKPD

Sebanyak lima kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa Khamis ini hingga 9 Jun depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kawasan berkenaan adalah di Mukim Bagan Serai, Kerian, Perak dan Felda Redong 1, Mukim Labis, Segamat, Johor.

“Turut dikenakan PKPD adalah di Rumah Panjang Isa Anak Blone, Rumah Panjang Ben dan Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Gelam, Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 53 kes positif Covid-19 dicatatkan di Mukim Bagan Serai setelah 144 ujian saringan dijalankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Di Felda Redong 1 pula, Ismail Sabri berkata, KKM telah melaksanakan 361 ujian saringan dan 67 daripadanya disahkan positif wabak tersebut.

“KKM melaporkan terdapat peningkatan kes Covid-19 secara mendadak dalam masa satu minggu apabila sebanyak 12 kes positif direkodkan hasil saringan ke atas 153 orang di tiga lokaliti tersebut,” katanya mengenai PKPD di Sarawak.

Berita Penuh :https://www.kosmo.com.my/2021/05/25/lima-kawasan-dikenakan-pkpd/

COMMENTS