Terkini !!!! Kasino Genting kini ditutup hingga notis lanjut

Terkini !!!! Kasino Genting kini ditutup hingga notis lanjut

Resorts World Genting hari ini mengumumkan kasino di Genting Highlands ditutup sehingga notis lanjut.

Ini menyusul sehari selepas Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob, dilaporkan berkata beliau tidak menyedari kasino itu beroperasi dan mengarahkan ia ditutup Jumaat lalu.

Jurucakap Resorts World Genting ketika dihubungi merujuk notis yang dimuat naik ke laman webnya hari ini.

Menurut notis itu, waktu operasi bagi hotel, premis runcit, makanan dan minuman, pusat beli-belah serta kemudahan lain ialah 8 pagi hingga 8 malam berdasarkan SOP terbaru kerajaan untuk perintah kawalan pergerakan.

“Kasino akan ditutup sementara mulai hari ini hingga notis lanjut.”

Sebelum ini, FMT melaporkan Kasino Genting, Kelab Genting dan kasino Genting Club Private Gaming masih dibuka kepada ahli Genting Rewards saja, menurut garis panduan operasinya.

Dua wakil rakyat pembangkang mempersoalkannya, sedangkan orang ramai tidak dibenarkan makan di restoran.

Resorts World Genting enggan mengulas ketika itu.

Sementara itu, Malaysiakini hari ini melaporkan kasino Genting masih beroperasi dengan penjudi dilayan, walaupun kakitangannya bimbang dengan keselamatan diri.

“Menteri sudah mengeluarkan arahan (untuk tutup) sejak Jumaat, tetapi kenapa kami masih beroperasi?” kata seorang pekerja yang tidak dinamakan kepada portal itu.

Ismail dibidas Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar, kerana tidak menyedari operasi kasino itu dan mendakwa kerajaan tidak bertanggungjawab.

Pada 22 April lalu, sekumpulan 28 pelancong dari Alor Setar, Kedah, dilaporkan ke Genting Highlands melalui konsep gelembung perjalanan hijau yang dibenarkan kerajaan.

Tetapi, sekembali mereka dua hari kemudian, beberapa pelancong itu mengalami gejala Covid-19. Pada 7 Mei, Kementerian Kesihatan mengesahkan 16 daripada 28 individu itu disahkan positif.

Bagaimanapun, belum ada pengesahan individu itu dijangkiti di kasino.

Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/05/24/kasino-genting-kini-ditutup-hingga-notis-lanjut/

COMMENTS