Terkini !!! Jawi akan umum ketetapan baharu solat Jumaat, fardu di Wilayah Persekutuan

Terkini !!! Jawi akan umum ketetapan baharu solat Jumaat, fardu di Wilayah Persekutuan

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengeluarkan ketetapan baharu bagi solat Jumaat dan fardu di masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan berkuat kuasa hari ini.

Pengarahnya, Datuk Mohd. Ajib Ismail berkata, ketetapan baharu itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beliau berkata, ketetapan itu dibuat berdasarkan dua keadaan iaitu kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Bagi kawasan PKP, solat Jumaat dan solat fardu di surau Jumaat Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hanya membenarkan 12 jemaah terdiri daripada imam, bilal, noja dan ahli jawatankuasa dengan penjarakan 1.5 meter.

“Bagi solat fardu di surau PPR dan PA DBKL pula, bilangan jemaah dibenarkan hanya tiga orang sahaja terdiri daripada imam, bilal dan noja atau AJK dengan penjarakan 1.5 meter manakala bagi solat Jumaat di masjid dan surau Jumaat (bukan PPR dan PA DBKL) berkapasiti 1,000 jemaah ke atas, bilangan jemaah dibenarkan tidak melebihi 50 orang dengan penjarakan 1.5 meter,” katanya menerusi satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, bagi kapasiti 1,000 jemaah ke bawah, bilangan jemaah dibenarkan tidak melebihi 20 orang dengan penjarakan 1.5 meter dan bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pula, solat Jumaat digantikan dengan solat Zohor, manakala bagi solat fardu dibenarkan dengan bilangan jemaah tiga orang sahaja iaitu imam, bilal dan noja atau AJK.

“Pengurusan jenazah yang melibatkan bukan pesakit Covid-19 hendaklah dilaksanakan di rumah atau premis persendirian dengan had maksimum jurumandi dan petugas lima orang.

“Solat jenazah hendaklah tidak melebihi 12 orang serta kehadiran bagi pengebumian jenazah tidak melebihi 15 orang termasuk ahli keluarga terdekat,” katanya

Berita Penuh :https://www.kosmo.com.my/2021/05/28/jawi-umum-ketetapan-baharu-solat-jumaat-fardu-di-wilayah-persekutuan/

COMMENTS