Terkini!!! Isi rumah terima tambahan BPR RM500, bujang RM100

Terkini!!! Isi rumah terima tambahan BPR RM500, bujang RM100

Sebanyak RM2.1 bilion lagi diperuntukkan bagi menambah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata, bayaran BPR tambahan itu akan mula dimasukkan ke akaun penerima pada hujung bulan Jun nanti.

“Bagi kategori isi rumah yang berpendapatan di bawah RM2,500, mereka akan menerima kadar BPR tambahan sebanyak RM500 dan isi rumah berpendapatan antara RM2,501 hingga RM5,000, akan menerima kadar sebanyak RM300.

“Golongan bujang pula akan menerima RM100,” demikian kata Perdana Menteri dalam Perutusan Khas Perdana Menteri Bantuan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Jelas Perdana Menteri, bayaran tersebut merupakan tambahan sebanyak RM2.4 bilion kepada fasa bayaran terakhir BPR pada bulan September ini.

Berita Penuh :https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pemerkasa-plus-isi-rumah-terima-tambahan-bpr-rm500-bujang-rm100-300842

COMMENTS