Terkini !!! Individu tiba dari Sabah tidak perlu jalani kuarantin 14 hari jika negatif – KKM

Terkini !!! Individu tiba dari Sabah tidak perlu jalani kuarantin 14 hari jika negatif – KKM

Mulai esok, semua individu yang tiba dari Sabah hanya perlu menjalani ujian pengesanan Covid-19, 3 hari sebelum berlepas dari Sabah ke negeri lain.

Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan hari ini berkata, sekiranya laporan ujian makmal Covid-19 disahkan negatif, mereka tidak lagi perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari seperti sebelum ini.

“Sekiranya mereka ini positif ujian pengesanan Covid-19 atau sekiranya bergejala, mereka tidak dibenarkan untuk meneruskan perjalanan keluar dari Sabah.

“Bagi yang positif, mereka akan dirujuk ke hospital untuk isolasi, rawatan dan pemantauan manakala bagi individu yang bergejala akan dirujuk untuk menjalani pemeriksaan,” menurut kenyataan itu.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/11/24/individu-tiba-dari-sabah-tak-perlu-kuarantin-14-hari-sekiranya-negatif/

COMMENTS