Terkini!!! Bekas jurulatih hoki wanita negara William Fidelis meninggal dunia

Terkini!!! Bekas jurulatih hoki wanita negara William Fidelis meninggal dunia

Sukan hoki tanah air menerima berita duka dengan pemergian bekas jurulatih skuad wanita kebangsaan, William Fidelis yang meninggal dunia semalam.

Fidelis, yang merupakan bekas pemain hoki Negeri Sembilan pada era 60-an dan 70-an menghembuskan nafas terakhir pada usia 87 tahun.

Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Datuk Seri Subahan Kamal dan seluruh ahli lembaga eksekutif badan induk sukan hoki negara itu mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang atas pemergian legenda hoki itu, menerusi laman Facebook KHM.

“Jasa mendiang William Fidelis dan keluarga beliau akan sentiasa dikenang dan dihargai oleh KHM,” menurut hantaran di laman Facebook KHM semalam.

Fidelis, yang pernah membimbing skuad hoki lelaki Negeri Sembilan pada Sukan Malaysia (Sukma) 2000 merupakan individu yang sangat aktif dalam bidang kejurulatihan apabila mula menceburinya sejak 1963 sebelum bersara pada 2005.

Berita Penuh :https://www.astroawani.com/berita-sukan/bekas-jurulatih-hoki-wanita-negara-william-fidelis-meninggal-dunia-302080

COMMENTS