Terkini !!! Beberapa kawasan di Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dikenakan PKPD

Terkini !!! Beberapa kawasan di Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dikenakan PKPD

Kerajaan hari ini mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) melibatkan beberapa kawasan di Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak susulan peningkatan kes positif Covid-19 di situ.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kawasan yang dikenakan PKPD adalah tiga kawasan perumahan di Mukim Juasseh , Kuala Pilah, Negeri Sembilan; Kampung Kembara Sakti di Felda Sahabat 40 di Mukim Tungku, Lahad Datu Sabah dan Kampung Padawan, Papar, Sabah serta tiga rumah panjang di Ulu Sungai Sebakong, Mukah, Sarawak.

“Tiga rumah panjang di Ulu Sungai Sebakong, Mukah, Sarawak yang dikenakan PKPD adalah Rumah Panjang Rimong anak Kilat, Rumah Panjang Asin anak Aji dan Rumah Panjang Bija anak Unggang susulan 35 kes positif daripada 93 ujian saringan yang dilakukan

“Tiga kawasan perumahan yang dikenakan PKPD di Mukim Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pula adalah Taman Desa Permai, Rumah Rakyat Juasseh dan Taman Sri Juasseh selepas sebanyak 51 kes positif Covid-19 direkodkan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut Ismail Sabri, setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM), kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di semua kawasan yang dinyatakan itu berkuat kuasa 31 Mei sehingga 13 Jun depan.

“Pelaksanaan PKPD ini bertujuan menyekat pergerakan dan penularan jangkitan Covid-19 dari kawasan berisiko ke luar lokaliti tersebut selain memudahkan KKM menjalankan ujian saringan serta pembendungan wabak secepat mungkin.

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang pernah diumumkan sebelum ini dan orang ramai boleh mengakses laman web Majlis Keselamatan Negara di www.mkn.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut mengumumkan tentang pelanjutan PKPD di Kampung Sungai Langgas, Kunak, Sabah susulan masih terdapat penularan Covid-19 di lokaliti tersebut.

“Sebelum ini kerajaan telah melaksanakan PKPD di kawasan tersebut yang dijadualkan tamat pada 30 Mei (esok) namun dalam tempoh PKPD itu dikuatkuasakan sebanyak 53 kes positif telah diterima selepas KKM melakukan 336 ujian saringan.

“KKM turut mendapati kes masih lagi menular di lokaliti tersebut selain terdapat sampel ujian saringan sedang menunggu keputusan jadi akan melanjutkan PKPD di Kampung Sungai Langgas bermula 31 Mei hingga 13 Jun depan,” jelas beliau.

Berita Penuh :https://www.kosmo.com.my/2021/05/29/beberapa-kawasan-di-negeri-sembilan-sabah-dan-sarawak-dikenakan-pkpd/

COMMENTS