Terkini !!!! Bantuan Khas PKP 3.0

Terkini !!!! Bantuan Khas  PKP 3.0

Susulan pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh, kerajaan mengumumkan bantuan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) berjumlah RM40 bilion, melibatkan suntikan kewangan RM5 bilion daripada kerajaan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bantuan itu berlandaskan tiga matlamat utama iaitu Mempertingkatkan Kapasiti Kesihatan Awam, Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat dan Menyokong Kelangsungan Perniagaan.

Menurutnya, usaha itu merupakan inisiatif terbaharu kerajaan untuk membantu meredakan cabaran dihadapi rakyat di segenap pelusuk negara.

“Semenjak COVID-19 melanda negara, Kerajaan telah pun melaksanakan pelbagai pakej bantuan dan rangsangan ekonomi berjumlah RM340 bilion.

“Sehingga kini, ia telah memanfaatkan lebih 20 juta ahli isi rumah serta lebih dari dua juta perniagaan dengan suntikan ekonomi melebihi RM200 bilion.

“Justeru, terdapat lebih dari RM100 bilion lagi daripada nilai pakej rangsangan untuk disalurkan sepanjang tahun ini. Sebagai tambahan, pakej tersebut dilengkapi oleh inisiatif Belanjawan 2021 berjumlah RM322.5 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Perutusan Khas Perdana Menteri Bantuan PKP 3.0 pada Isnin.

Tambah beliau, melalui suntikan fiskal dan langkah yang diumumkan sebelum ini, ekonomi dilihat semakin pulih dari masa ke masa.

“Ini menggambarkan hasil dan impak positif untuk terus melonjakkan pertumbuhan ekonomi, menyokong perniagaan dan menyediakan bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan.

“Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada bulan Mac tahun ini telah melonjak sebanyak enam peratus, nilai tertinggi semenjak pandemik COVID-19 melanda negara,” ujarnya.

Sementara itu, Muhyiddin mengakui kerajaan mempunyai ruang fiskal yang terhad untuk berbelanja buat masa ini namun demi rakyat, kerajaan akan berusaha sedaya-upaya untuk memberikan yang terbaik.

“Atas dasar keprihatinan terhadap kebajikan rakyat, kerajaan akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan wujud keseimbangan antara lives and livelihood iaitu keperluan untuk melindungi nyawa, dan menjamin kesejahteraan rakyat.

“Ia termasuklah peluang saudara-saudari mencari nafkah untuk keluarga tersayang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini,” katanya.

Kerajaan umum program bantuan Pemerkasa Plus berjumlah RM40 bilion bantu redakan cabaran ekoran pelaksanaan pkp

Kerajaan setuju tambah peruntukan RM1 bilion bagi tingkat kapasiti dan perkukuh kesihatan awam

Pemerkasa + berlandas 3 matlamat utama

Pertingkat kapasiti kesihatan awam
Menerus Agenda Prihatin Rakyat
Sokong perniagaan

RM2.1 bilion diperuntuk bagi tambah kadar program Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

BPR tambahan akan mula masuk pada hujung Jun 2021, berikut ialah antara golongan yang layak;

1. Pendapatan 2. Isi rumah berpendapatan RM2501 – RM5000 terima RM300
3. Bujang akan terima RM100
BPR tambahan mula dimasukkan ke akaun penerima pada hujung Jun

PM Muhyiddin saran agensi dan syarikat kerajaan tawar penangguhan bayaran balik pinjaman, diskaun sewa premis perniagaan

Moratorium untuk mereka yang terjejas dengan pilihan berikut:

1. kelulusan automatik selama 3 bulan ATAU
2. pengurangan bayaran balik ansuran sebanyak 50% selama 6 bulan.

Boleh rujuk bank mulai esok

Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi membolehkan pengusaha bas dan teksi yang layak boleh mendapatkan moratorium pinjaman sehingga 12 bulan dan melanjutkan tempoh pinjaman sehingga 36 bulan.

Bantuan khas one-off RM500 kepada pemandu pelancong, pemandu teksi, pemandu bas sekolah dan bas persiaran serta pemandu kereta sewa dan e-hailing

Program Subsidi Upah di bawah PERKESO dilanjutkan selama 1 bulan yang memanfaatkan 2.5 juta pekerja dan lebih 200,000 majikan.

Kerajaan lanjut pengecualian duti setem Kempen Pemilikan Rumah (HOC) sehingga 31 Dis

Kerajaan lanjutkan pemberian diskaun bil elektrik kepada sektor yang terjejas

COMMENTS