Terkini!!! Ali Biju umum tarik diri sebagai calon Bebas dan sokong GPS

Terkini!!! Ali Biju umum tarik diri sebagai calon Bebas dan sokong GPS

Ali Biju, yang juga Ahli Parlimen Bersatu, menyertai pilihan raya negeri di Sarawak sebagai calon bebas mengumumkan menarik diri daripada persaingan itu hari ini.

Dalam satu laporan,Dia sebelum ini bertanding untuk mempertahankan kerusi Krian yang dimenanginya sejak 2011.

Dengan tindakan tersebut persaingan untuk mengisi kerusi DUN berkenaan kini menjadi pertembungan tiga penjuru.

Memetik laporan dari Malaysiakini “Justeru, saya dengan rendah hati dan niat yang tulus ikhlas menarik diri sebagai calon DUN N39 Krian dan memberi dukungan penuh kepada calon GPS, Friday Belik,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Untuk rekod asalnya ada empat calon menawarkan diri bertanding di kerusi Krian.

Selain Ali, tiga calon lain ialah Musa Dinggat (Parti Sarawak Bersatu), Danny Kuan (Parti Bumi Kenyalang) dan Friday Belik (GPS-Parti Demokratik Progresif Sarawak).

BACA: Kerana cintanya ditolak lelaki bakar sebuah kereta seorang gadis ditahan polis

COMMENTS