Terkini !!! Ahli Parlimen Gerik meninggal dunia

Terkini !!! Ahli Parlimen Gerik meninggal dunia

Ahli Parlimen Gerik Hasbullah Osman dari Umno meninggal dunia akibat daripada serangan jantung hari ini pada usia 63 tahun.

Pegawai khas kepada Hasbullah, memberitahu MalaysiaNow ahli Parlimen Gerik itu meninggal dunia di Raub, Pahang.

Hasbullah pernah menjadi setiausaha politik kepada Muhyiddin ketika beliau merupakan timbalan perdana menteri dan masih bersama Umno.

Pada Mei 2020, Hasbullah dilantik sebagai pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad.

Pada Pilihan Raya Umum 2018, Hasbullah mengalahkan calon PAS dan PKR di kerusi Parlimen Gerik dengan majoriti 5,528 undi.

Berita penuh : https://www.malaysianow.com/berita/2020/11/16/ahli-parlimen-gerik-meninggal-dunia/

COMMENTS