ADUN Tronoh didapati bersalah rogol pembantu rumah. Baru baru ini, Paul Yong Didapati Bersalah Rogol Pembantu Rumah. Mahkamah Putuskan ADUN Tronoh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong didapati bersalah merogol pembantu rumahnya pada 2019.
Menurut ciapan ringkas Bernama, keputusan itu telah diperdengarkan di Mahkamah Tinggi Ipoh sebentar tadi.
2019 lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri tersebut didakwa merogol pembantu rumah warga Indonesia berusia 23 tahun di sebuah bilik di tingkat atas rumahnya di Meru Desa Park antara 8.15 hingga 9.15 malam pada 7 Julai 2019.
Pertuduhan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan itu akan membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.
Mahkamah Tinggi sebelum ini memerintahkan beliau membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facies terhadapnya, lapor Bernama.
ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong tiba di Mahkamah Tinggi Ipoh pada 9.15 pagi bagi mendengar keputusan kes merogol pembantu rumahnya pada 2019.
📸 Zulfafhli Zulkarnain/BERNAMA pic.twitter.com/0rKY7kmxyM
— BERNAMA Radio🇲🇾 (@bernamaradio) July 27, 2022
BACA:
Serbuk coklat tamat tempoh, peniaga air balang berputih mata rugi RM300