Terkini : 862 kes baru Covid-19 hari ini

Terkini : 862 kes baru Covid-19 hari ini

Sebanyak 862 kes baru penularan Covid-19 dilaporkan hari ini yang menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 22,225 kes dengan 7,681 kes aktif.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Sabah terus kekal mencatatkan pertambahan kes tinggi iaitu 673 kes atau 78.1 peratus daripada jumlah kes baru yang dilaporkan hari ini.

Katanya, Selangor turut mencatatkan pertambahan sebanyak 132 kes dan daripada jumlah berkenaan 84 kes dikesan daripada kluster sedia ada termasuk lapan dari kluster yang mempunyai sejarah perjalanan pulang dari Sabah.

Berikut status terkini Covid-19 di Malaysia

Kes sembuh = 634
Jumlah kes sembuh =14,351 kes
Kes baharu positif = 862
(kes import = 2, kes tempatan = 860)
Jumlah positif = 22,225 kes

Kes kematian = 3
Jumlah kes kematian = 193 kes
Kes dirawat di ICU = 95 kes

Bantuan alat pernafasan = 29 kes

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/547367

COMMENTS