Terkini !!! 8 negeri di laporkan banjir serentak

Terkini !!! 8 negeri di laporkan banjir serentak

8 negeri di laporkan banjir serentak.
Mangsa banjir meningkat kepada 17,963 orang.jumlah mangsa banjir meningkat kepada 17,963 orang membabitkan 6,135 keluarga di lapan negeri dengan Perak dan Kuala Lumpur menjadi negeri terbaharu dilanda bencana itu setakat jam 11.20 pagi ini.

Berdasarkan laporan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 275 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka.

Pahang mencatatkan jumlah mangsa tertinggi seramai 6,887 orang diikuti Selangor (5,350), Kelantan (3,877), Melaka (560), Kuala Lumpur (555), Negeri Sembilan (467), Terengganu (267) manakala Perak tiada mangsa direkodkan namun satu PSS dibuka setakat jam 8.05 pagi.

Sementara itu, portal publicinfobanjir.water.gov.my menyenaraikan 18 stesen aras sungai di Pahang melepasi tahap bahaya dengan kebanyakannya menunjukkan bacaan meningkat di daerah Bentong, Raub, Lipis, Jerantut, Temerloh, Maran dan Kuantan.

Di Selangor terdapat 10 stesen aras sungai pada tahap sama melibatkan kawasan Hulu Langat, Hulu Selangor, Klang, Petaling, Sepang dan Kuala Selangor.

Situasi sama berlaku di tiga stesen aras sungai di Kelantan bagi kawasan Tanah Merah dan Kuala Krai manakala Perak serta Melaka masing-masing dua stesen dan Terengganu hanya di Sungai Tebak, Kemaman.

 

Baca:(video)Kapal Angkasa NASA Dilapor Berjaya ‘Sentuh’ Matahari

COMMENTS