Terkini!!! 60 kematian Covid-19 dicatatkan hari ini

Terkini!!! 60 kematian Covid-19 dicatatkan hari ini

Sebanyak 60 lagi kes kematian Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian di Malaysia sebanyak 2,369 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes harian pula merekodkan sebanyak 7,289 kes menjadikan jumlah kes positif sebanyak 525,889 kes.

“Angka kes aktif dengan kebolehjangkitan pula mencatatkan sebanyak 63,458 kes manakala, sebanyak 726 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 373 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Kes sembuh mencatatkan sebanyak 3,789 kes hari ini dan jumlah kumulatif kes sembuh adalah sebanyak 460,062 kes,” katanya pada ciapan Twitter beliau di sini hari ini.

Sebanyak 60 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 15 kes di Selangor, 10 kes di Johor, masing-masing enam (6) kes di Sarawak dan Kedah, lima (5) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masing-masing tiga (3) kes di Sabah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, masing-masing dua (2) kes di Negeri Sembilan dan Melaka serta masing-masing satu (1) kes di Pahang dan Terengganu.

Berita Penuh :https://www.kosmo.com.my/2021/05/25/60-kematian-covid-19-dicatatkan-hari-ini/

 

COMMENTS