Terkejut tok Imam !!! Mayat dah nak masuk liang lahad dikejar kembali ke hospital

Terkejut tok Imam !!! Mayat dah nak masuk liang lahad dikejar kembali ke hospital

Pernah tak korang mengalami atau mendengar tentang kisah jenazah yang hampir-hampir dikebumikan tapi disebabkan berlaku kekeliruan, jenazah itu terpaksa dibawa pulang semula ke Hospital untuk pemeriksaan? Haa inilah kisah benar yang berlaku kepada jenazah seorang lelaki di Bachok, Kelantan hari ini.

Che Azhar Che Lah, 51, dilaporkan maut dalam kejadian kes langgar lari di Kampung Pak Badol, ketika dia sedang menunggang motosikal kira-kira pukul 9.45 malam semalam.

Che Azhar yang pada ketika kejadian berlaku dikatakan sedang menunggang motosikal seorang diri untuk membuang sampah kira-kira 20 meter dari rumahnya.

Ketika itu, saya sedang berniaga burger di kawasan berhampiran dan mendengar satu bunyi dentuman yang kuat.

Pada masa sama, saya melihat abang dalam keadaan melambung dan terjatuh di atas jalan raya selepas dirempuh sebuah motosikal yang datang dari arah Kota Bharu. – Kata adik mangsa.

Menurut Cik Siti Aishah, dia terus bergegas ke lokasi kejadian dan melihat abangnya itu sudah tidak sedarkan diri selain beberapa anggota badannya telah berlumuran dengan darah.

Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 12 tengah malam ketika sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Anis.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Bachok, Asisten Superintendan Mohd. Yusrizal Mohd. Ghazali ketika dihubungi mengesahkan polis menerima laporan berhubung kejadian itu semalam.

Bagaimanapun, jenazah Che Azhar sepatutnya dikebumikan pada kira-kira pukul 11 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Serdang Muda, Pak Badol, namun terpaksa dibatalkan atas arahan polis

Mayatnya dikatakan terpaksa dibawa semula dari tanah perkuburan ke hospital selepas dipercayai berlaku kekeliruan berhubung punca kematiannya.

Adik mangsa, Cik Siti Aishah Che Lah, 42, berkata, difahamkan keadaan itu berlaku kerana terdapat kekeliruan laporan doktor mengenai kematian abangnya.

Saya terkejut apabila jenazah abang yang sudah berada di tanah perkuburan perlu dibawa pulang ke rumah sebelum ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh apabila dimaklumkan oleh pihak polis.

Kami sekeluarga juga mendapat maklumat bahawa jenazah abang perlu dibedah siasat semula untuk mengetahui punca kematiannya. – Katanya.

Menurut Cik Siti Aishah, seorang lagi abangnya, Che Amran, 48, kemudiannya telah bergegas ke Balai Polis Bachok untuk membuat semula laporan supaya urusan pengkebumian dapat diselesaikan dengan segera.

Berita penuh : https://ohmedia.my/ohtidak/jenazah-hampir-dikebumi-terpaksa-dibawa-semula-ke-hospital/

COMMENTS