Terkejut Jumpa ‘Sesuatu’ Dalam Telinga Pesakit,Pegawai Perubatan Kongsi Pengalaman

Terkejut Jumpa ‘Sesuatu’ Dalam Telinga Pesakit,Pegawai Perubatan Kongsi Pengalaman

Terkejut Jumpa ‘Sesuatu’ Dalam Telinga Pesakit,Pegawai Perubatan Kongsi Pengalaman.Menjaga kebersihan diri merupakan perkara yang dituntut dalam agama islam bagi mengelakkan diri kita daripada diserang penyakit merbahaya.

Kebersihan juga bukan hanya pada diri, malah turut dilihat melalui aspek persekitaran seperti sekitar rumah, bilik tidur, ruang tamu dan sebagainya.

Perkara itu sedikit sebanyak mampu mengelakkan daripada berlakunya pembiakkan serangga merbahaya serta menghindar dari menjadi tempat tumpuan mereka.

Pegawai Perubatan kongsi pengalaman

Terkejut
Namun, terdapat sebuah kejadian yang sama melibatkan serangga perosak apabila seorang Penolong Pegawai Perubatan (MA) telah berkongsi tentang pengalamannya.

Menerusi perkongsiannya di aplikasi TikTok bernama @ams_brand, dia menceritakan kisah seorang pesakit yang datang ke kliniknya akibat merasa sakit pada telinganya.

Menurut wanita yang dikenali sebagai Kak Siti itu, dia merasakan seperti ada sesuatu di dalam lubang telinganya dan ia seakan-akan seperti seekor serangga.

Tanpa membuang masa, pegawai tersebut dengan pantas menyuruh wanita tersebut untuk masuk ke dalam wad kecemasan bagi melakukan rawatan susulan.

@ams_brandKisah Kak Siti yang xleh tido sebab ade benda dalam telinga dia..#fyp #fypシ #tiktok #mogamanfaat #amsmedic♬ original sound – AmsMedic

Korek-korek ada nampak kaki..
Menerusi video itu, pegawai tersebut telah melakukan rawatan dengan mengunakan Otoscope yang digunakan untuk memeriksa lubang telinga pesakit.

Menurutnya, pada tinjauan pertama, dia mengakui terlihat sepasang kaki yang sangat tajam serta sepasang kepak yang berkilat.

Aku tengok punya tengok, nampak macam kaki, nampak macam tajam-tajam. Aku intai lagi, nampak sayap berkilat bewarna hitam.

Jelasnya lagi, dia mendapati terdapat seekor lipas dalam telinga pesakit sebelum bertindak mengeluarkannya dengan menggunakan alatan khas yang diberi nama Crocodile Forsep.

Mengakhiri kisahnya, dia turut menasihati orang ramai agar menjaga kebersihan diri serta kawasan sekitar agar perkara seperti ini tidak berulang lagi.

Sumber: https://ohmedia.my/ohtidak/pegawai-perubatan-kongsi-pengalaman-terkejut-jumpa-sesuatu-dalam-telinga-pesakit/

BACA: Jatuh air mata seorang ayah dapat handphone baharu dari anak

COMMENTS