Tercengang suami bila photographer tunjuk cara ambil gambar dengan isteri, siap pegang-pegang

Tercengang suami bila photographer tunjuk cara ambil gambar dengan isteri, siap pegang-pegang. Kebiasaannya, pasangan pengantin akan mengupah jurugambar untuk mengambil gambar-gambar kahwin mereka

Iyalah, sebagai kenangan di hari tua nanti kan. Bukan gambar saja, sekarang ramai juga orang yang mengambil khidmat video.

Sudah tentu, pasangan pengantin pasti akan merasa kekok bila nak ambil gambar kahwin kan? Tak tahu macam mana nak pose dengan betul dan sweet.

Sama seperti video ini apabila seorang jurugambar sengaja mengusik pengantin lelaki dengan menunjukkan cara mengambil gambar bersama pasangan telah mencuit hati ramai.

Saja usik pengantin lelaki, tunjuk cara posing yang sweet

Tercengang suami bila photographer tunjuk cara ambil gambar dengan isteri, siap pegang-pegang

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang jurugambar sedang mengambil gambar pasangan pengantin untuk sesi outdoor.

Namun, apa yang lebih mencuit hati adalah apabila dia menunjukkan cara mengambil gambar yang sweet disebabkan pengantin lelaki seperti kekok.

Malah, dia siap ‘acah’ bergambar dengan pengantin perempuan sendiri untuk menunjukkan caranya. Situasi itu membuatkan muka pengantin lelaki seperti sedang menahan marah kerana melihat aksi mereka itu.

Difahamkan, jurugambar dan pengantin perempuan itu adalah adik-beradik kandung.

“Nasib baca komen, adik beradik rupanya baru nak geram” – Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat jurugambar itu. Ada yang memberitahu nasib baik mereka adalah adik beradik.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 441.8K views, 11.6K likes dan 495 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Nasib baik adik beradik, kalau tak mengamuk betul tu.

@nazrimus4kenapa ek pengantin lelaki mcm x happy je. x tahu salahnya dkt mana!!!♬ original sound – Nazri Musa

BACA:

Pelakon dan pengarah “legend” Hong Kong mencari bakat baru di instagram

Santa claus wujud?, pakar menemui makam santa claus yang asli

Yasmin Hani anggap netizen kolot tentang isunya dengan Alif Hadi