Terbuang Emas Dalam Lori Sampah, Kalau dah rezeki tak kemana

Terbuang Emas Dalam Lori Sampah, Kalau dah rezeki tak kemana

Terbuang Emas Dalam Lori Sampah, Kalau dah rezeki tak kemana .Emas dan perempuan tidak dapat dipisahkan. Ada sahaja design baharu pasti mahu dibeli untuk dikumpul bagi menambah koleksi peribadi.

Satu video tular di media sosial yang memaparkan seorang wanita secara tidak sengaja telah membuang bekas simpanan barang kemasnya dan kejadian tersebut berlaku di Sik, Kedah.

Kejadian yang mengundang kekecohan penduduk setempat itu sempat dirakam oleh pemuda bernama Anuar yang memaparkan suasana ketika itu begitu berterabur dengan sampah.

Tersilap buang. Nasib baik tak pi buang lagi dekat tempat lupus sampah. Sempat pi hambat dekat depo lori. Kalau dah tertulis rezeki kita, ianya tak kemana.

Dapat dilihat melalui video berdurasi dua minit 50 saat itu, orang ramai turut membantu wanita tersebut mencari bekas simpanan emasnya yang telah dibuang tanpa sengaja.

Setelah hampir kesemua sampah dikeluarkan, wanita itu akhirnya berjaya menemukan bekas simpanan emasnya itu. Dia bergegas ke sinki dapur untuk membasuh kotoran yang terdapat di bekas.

 

Wanita itu juga sempat berseleroh akan belanja makan buat pekerja-pekerja dan penduduk sekitar yang sudah menolongnya mencari barangan kemas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap bertimbang rasa pekerja tersebut kerana sanggup memunggah semula sampah-sampah tersebut serta rezeki Allah yang sudah tertulis.

 Emas

 Emas

Sumber: https://siraplimau.com/terbuang-emas-dalam-lori-sampah-nasib-baik-jumpa-balik/

BACA:[Video] Lelaki ini walaupon banyak disakiti wanita tetap, tersenyum

COMMENTS