Tengku Zafrul akui bajet 2023 akan ditukar

Tengku Zafrul akui bajet 2023 akan ditukar. BAJET 2023 mungkin menyaksikan beberapa pelarasan berdasarkan ekonomi semasa ia dibentangkan semula, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pada Selasa.

Bagaimanapun, Tengku Zafrul menegaskan, bajet yang dibentangkan pada 7 Oktober lepas bukan sahaja “belanjawan yang bertanggungjawab” tetapi juga “inklusif, lebih progresif” dan yang paling penting ialah “mampan”.

Bercakap pada Sidang Kemuncak Asia Future, anjuran The Straits Time yang julung kali diadakan di sini, Tengku Zafrul menekankan bahawa belanjawan itu akan menyaksikan penurunan defisit.
“Mungkin terdapat beberapa pelarasan berdasarkan ekonomi pada masa itu. Terus terang saya beritahu anda. Kami kena lihat (keadaan) ekonomi global yang akan menjejaskan ekonomi Malaysia,” katanya.

Bajet itu bukan sahaja mengutamakan perbelanjaan dalam sektor terpenting bagi pengembangan ekonomi tetapi juga membangunkan kumpulan yang betul untuk bergerak ke hadapan termasuk kawasan yang kurang maju.

Segmen beliau telah direkodkan dan dimoderatorkan oleh Ketua Biro Malaysia The Straits Times, Shannon Teoh.

Tengku Zafrul akui bajet 2023 akan ditukar

Tengku Zafrul berkata demikian ketika ditanya sama ada Bajet 2023 akan dibentangkan semula tanpa sebarang perubahan atau atau “hampir dengan apa yang dibentangkan pada bulan lepas” jika BN memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang.

Kepada soalan sama ada kerajaan BN akan memperkenalkan dasar “kurang populis” selepas pilihan raya umum seperti subsidi bersasar atau memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Tengku Zafrul menjawab: “Kami jelas tidak akan komited terhadap sebarang langkah drastik yang tidak digariskan kerana bimbang ianya akan menjejaskan momentum pertumbuhan.”

“Kami perlu meningkatkan kutipan hasil kerana ia masih agak rendah. Perkara ini perlu ditangani,” katanya.

Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan dijangka berkurangan sebanyak 4.4 peratus menjelang 2023 kepada RM272.6 bilion atau 15 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berikutan jangkaan kutipan hasil bukan cukai yang lebih rendah.

Hasil bukan cukai pada 2023 dijangka merosot sebanyak 23 peratus dari tahun ke tahun kepada RM67 bilion disebabkan dividen yang kurang memberangsangkan daripada entiti kerajaan.

Ini sejajar dengan laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan pada 7 Oktober lepas.

Bajet 2023 dibentangkan tiga hari sebelum Parlimen dibubarkan.

BACA:

Ringgit jatuh ‘menggila’ lagi

Anwar calon pilihan utama jadi PM diikuti rapat KJ dan Rafizi, menurut kajian

Adam Shahz cemburu Fatin Afeefa nak kahwin lagi?