Tengah nangis babak Amir cabar talakkan Ina, sekali Fayad buat hal

Tengah nangis babak Amir cabar talakkan Ina, sekali Fayad buat hal. Dalam penutup drama ‘Rindu Kasih’ kelmarin, babak ketika Ina ‘menyahut’ cabaran lafaz talak Amir seakan memberikan mesej agar wanita di luar sana perlu berani untuk bebaskan diri daripada perkahwinan yang toksik. Ketika Salina menggerakkan kaki selangkah ke belakang, saat inilah ramai penonton yang mengalirkan air mata.

Episod akhir ‘Rindu Kasih’…Behind the scene, Fayyad buat hal

Namun dalam mood yang sangat-sangat tegang ketika itu, siapa sangka rupanya ada hal lucu berlaku sebelum mereka memulakan lakonan. Menerusi video sebalik tabir yang dikongsikan seorang kru penggambaran, awalnya Ummi Nazeera sudah berada di hadapan tangga dengan emosi sedih kerana watak Ina baru pulang dari penjara.

Tengah nangis babak Amir cabar talakkan Ina, sekali Fayad buat hal

Ramai Nangis Babak Amir Cabar Talakkan Ina, Rupanya Fayad Sempat Buat Hal LainRamai Nangis Babak Amir Cabar Talakkan Ina, Rupanya Fayad Sempat Buat Hal Lain

Fayyad lepaskan tangan Amir…Taknak masuk frames pulak

Amir dan Fayad kemudiannya muncul dari pintu rumah lantas terkesima melihat kehadiran Ina. Waktu ini, sebenarnya Izzue Islam sedang menjiwai watak seorang suami yang mahu berbaik semula dengan isteri. Pun begitu, konsentrasi mereka terhenti kerana budak lelaki itu tiba-tiba melepaskan pegangan tangan untuk pergi bermain di kayu beranda sekali gus disusuli gelak ketawa kru.

Izzue baru nak feel tu…Punyalah kita nangis kat rumah tengok part ni, rupanya tertipu

Terhibur dengan rakaman berkenaan, ratusan netizen mula menyerbu ruangan komen akaun TikTok ini. Tatkala mereka beria-ia menangis di rumah ketika menonton adegan serius itu, rupanya para pelakon dan kru sempat ketawa dengan santai.

@ajuahmad_ Episode Akhir Rindu Kasih #behindthescenes fayyad buat hal 😂 dia xnk masuk frame pulak 🤭 #rindukasih #dramarindukasih #tv3malaysia #slotsamarindatv3 #pndpictures #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ゚viral #fypシ #DramaRinduKasih #fyp ♬ Funny Laugh no no no – Sound Effect

BACA:

Sejak 10 tahun bantu ibu menjaja pulut panggang, kisah remaja ini curi tumpuan

Penampilan terkini Darling Ngasri buat ramai terkejut

Dihina kerana keturunan, lelaki tikam isteri dan 3 ipar