‘Tarzan’ dilaporkan meninggal dunia

‘Tarzan’ dilaporkan meninggal dunia

‘Tarzan sebenar’ dilaporkan meninggal dunia.Seorang lelaki yang digelar ‘Tarzan dunia sebenar’ kerana dibesarkan di dalam hutan selama 40 tahun sebelum kembali ke kampung halamannya dalam tahun 2013, meninggal dunia pada 6 September lalu, lapor akhbar The Sun semalam.

Ho Van Lang, 52 tahun meninggal dunia akibat kanser hati.

Lang tinggal bersama bapanya, Ho Van Thanh di sebuah perkampungan kecil di Vietnam di Daerah Tra Bong sebelum mereka melarikan diri ke dalam hutan.

Kedua-dua mereka tidak mempunyai interaksi dengan manusia atau dunia moden selama empat dekad.

Thanh yang merupakan veteran tentera, mengambil keputusan untuk meninggalkan kampung kecilnya pada 1972 bersama Lang yang ketika itu berusia dua tahun selepas letupan bom tentera Amerika Syarikat mengorbankan isteri dan dua anaknya yang lain.

Tarzan

Thanh dikatakan mengalami ‘fobia mendalam untuk kembali kerana dia tidak percaya bahawa Perang Vietnam telah berakhir’ sebelum ditemui oleh penduduk tempatan pada tahun 2013.

Sepanjang tinggal di hutan, dua beranak itu makan sayur-sayuran, buah-buahan, madu dan pelbagai jenis daging termasuk monyet, tikus, ular, cicak, katak, kelawar, burung dan juga ikan.

Namun, orang ramai percaya penyesuaian terhadap kehidupan moden merupakan sesuatu yang sukar bagi Lang.

BACA: Mat Saleh jumpa Proton Iswara 1994 dalam bangsal di UK

“Saya sedih melihat pemergian Lang, namun saya tahu ia sesuatu yang baik kerana saya tahu dia menderita beberapa bulan terakhir sebelum meninggal dunia.

“Lang seorang yang baik namun saya tidak suka melihat dia tinggal dalam dunia moden. Saya bimbang tubuhnya tidak dapat menerima perubahan yang drastik.

“Dia menghabiskan seluruh hidupnya tinggal di hutan dan apabila dia berada dalam dunia moden, Lang makan makanan yang diproses dan minum minuman beralkohol,” kata seorang pengembara, Alvaro Cerezo.

BACA: Imam masjid putra mohon maaf secara terbuka

Cerezo yang pernah mengikuti Lang dan tinggal bersamanya di dalam hutan selama seminggu berkata, Lang merupakan seorang lelaki yang sangat baik dan merakam kehidupan Lang dan menulis buku tentang kehidupan lelaki itu.

BACA: Ini cara hukuman mati paling kejam pernah dijalankan sepanjang zaman

Lang amat teruja melihat cahaya daripada mentol lampu pada waktu malam.

“Lang memberitahu saya bahawa menikmati cahaya lampu pada waktu malam merupakan satu pengalaman yang mengujakan,” kata Cerezo.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/14/tarzan-sebenar-meninggal-dunia/

COMMENTS