Tali buaian terputus ketika pengantin bersanding

Tali buaian terputus ketika pengantin bersanding

Tali buaian terputus ketika pengantin bersanding.Sebuah video yang memaparkan majlis persandingan serba mewah di Raipur, India menjadi tular di media sosial baru-baru ini selepas tali pada sebuah buaian gantung yang membawa pasangan pengantin di atas pentas tiba-tiba terputus, lapor akhbar DNA India kelmarin.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter, @amandeep14 itu, pasangan pengantin dilihat berdiri di atas sebuah buaian besar berbentuk bulat yang diturunkan dari atas bumbung ke pentas persandingan.

Beberapa individu turut dilihat sedang melakukan pertunjukan bunga api.

Namun, ketika buaian itu sedang diturunkan, talinya tiba-tiba putus, menyebabkan pasangan pengantin terjatuh dari ketinggian sekitar 3.6 meter.

Mereka bagaimanapun hanya cedera ringan dan meneruskan upacara persandingan itu 30 minit kemudian.

Netizen yang menonton video tersebut kemudiannya meninggalkan pelbagai komen dengan rata-ratanya kurang bersetuju dengan penggunaan buaian sedemikian dalam majlis persandingan.

“Mengapa perlu membuat pertunjukan seperti ini?” soal seorang netizen.

“Kasihan dengan pasangan itu namun apa perlunya pertunjukan akrobatik seperti ini,” komen netizen lain.

BACA: Ini punca seorang pelajar lelaki dibuli dalam kejadian di MRSM

COMMENTS