”Takkan nak pakai butterknife”, Aaron Aziz sekolahkan netizen tentang isu tattoo di lehernya

”Takkan nak pakai butterknife”, Aaron Aziz sekolahkan netizen tentang isu tattoo di lehernya. Sebut sahaja nama pelakon kacak, Datuk Aaron Aziz tentu ramai yang mengingatinya yang membawa watak sebagai Malik dalam filem KL Gangster. Terbaharu nampaknya Aaron Aziz semakin berkongsikan video-videonya kepada umum yang sekali gus membuatkan peminat KL Gangster menggamit memori.

Mana tidaknya, pelakon aksi ini tidak hanya disukai peminat drama tempatan malah dia juga menjadi antara pelakon filem yang turut popular dengan bakatnya.

Dalam muat naik video dikongsikan Aaron Aziz itu pula memaparkan dia dalam satu sesi latihan bersama seorang individu manakala dalam rakaman kedua dikongsikan itu juga memaparkan Aaron Aziz nampaknya perlu bertatu, demi watak gangster yang membuatkan ramai peminat watak Malik juga merasa teruja.

”Takkan nak pakai butterknife”, Aaron Aziz sekolahkan netizen tentang isu tattoo di lehernya

Meskipun begitu, nampaknya ada juga yang mendakwa tatu dipakai Aaron Aziz itu terdapat tanda salib lalu menyebabkan pelakon ini sendiri dengan pantas menjelaskan dakwaan tersebut. Aaron Aziz tidak sekadar menidakkan dakwaan yang dikatakan itu malah dia juga menjelaskan dengan begitu terperinci sehingga warganet turut terhibur dengan gelagatnya.

Muat naik Aaron Aziz menerusi akaun TikTok miliknya itu bagaimanapun menarik tumpuan ribuan warganet manakala di ruangan komen pula, pelakon kacak ini menerima pelbagai komen seloroh lucu ramai apabila ada juga yang merasa terhibur dengannya.

“Part butter knife tu”

“Hahaha sapu…”

“Terkejut mat”

“Ini pun dah rasa…”

@therealaaronazizBUKAN SALIB LA ITU DAGGER 🗡 PISAU. Ke nak letak Pisang ????♬ original sound – aaron aziz

BACA:

Jakim beri amaran ini kepada orang ramai tentang “cicit nabi yang ke 39”

Motorsikal bergesel sesama sendiri semasa berlumba,2 remaja maut

Sajat buat hal tidur dalam live,siap belanja dengkur kepada netizen