Takkan benda basic macam tu pun Menteri tak boleh fikir, Puad bidas Khairuddin

Takkan benda basic macam tu pun Menteri tak boleh fikir, Puad bidas Khairuddin

Keputusan tidak mendakwa Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Khairuddin Aman Razali sudah pasti mengecewakan rakyat yang menuduh kerajaan Muhyiddin Yassin melaksanakan ketegasan selektif.

“Kerajaan tambah kemarahan rakyat,” kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi ketika mengulas keputusan Putrajaya tidak mendakwa menteri PAS itu kerana melanggar kuarantin kendiri.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Mohamed memaklumkan, Jabatan Peguam Negara tidak akan menuduh Khairuddin, mengatakan polis dimaklumkan “tiada tindakan lagi” (NFA) akan diambil, atas alasan, dari sudut keterangan, didapati tiada borang arahan kuarantin diberi kepada pemimpin PAS itu.

Beliau berkata, keputusan itu dipersoalkan kerana mengambil masa terlalu lama untuk disiasat dan diputuskan.

Malah, katanya, kerajaan dilihat tidak tegas dalam menyelesaikan kemelut berkenaan.

“Pihak berkuasa macam bermain masa untuk mencari alasan. Pegawai KKM yang kononnya tidak memberi borang 14b kepada Khairuddin dijadikan kambing hitam,” katanya.

Puad mempersoalkan Khairuddin sebagai menteri sepatutnya mengetahui tanggungjawab beliau untuk melakukan kuarantin kendiri.

“Nyawa dia juga adalah nyawa orang lain. Takkan itu tidak boleh fikir?,” soalnya.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/10/22/menteri-sepatutnya-tahu-tanggungjawab-takkan-tak-boleh-fikir-soal-puad-kepada-khairuddin/

COMMENTS