Takiyuddin tolak pendirian Muhyiddin isytihar UMNO sebagai musuh utama PN

Takiyuddin tolak pendirian Muhyiddin isytihar UMNO sebagai musuh utama PN. Pas menegaskan tidak boleh menerima pendirian mana-mana pihak yang melabelkan kumpulan Melayu Islam yang lain sebagai musuh utama.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, menjelaskan pendirian sebegitu tidak dapat diterima apatah lagi melibatkan kedudukan dan kuasa orang Islam dalam pemerintahan sesebuah negara yang majoritinya umat Islam seperti Malaysia.

“Kenyataan seumpama itu dilihat tidak wajar dan janggal sekiranya pihak yang dilabelkan sebagai musuh utama tersebut adalah rakan muafakat dalam kerajaan yang dipimpin bersama.

“Pas sentiasa yakin hanya dengan perpaduan di antara parti-parti utama Melayu-Islam dalam negara ini sahaja dapat menjamin terbentuknya sebuah pemerintahan yang stabil, adil dan berkebajikan kepada semua rakyat pelbagai kaum, agama, bangsa dan budaya,” katanya tanpa merujuk kepada kenyataan terdahulu oleh mana-mana pemimpin parti lain.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini.

Takiyuddin tolak pendirian Muhyiddin isytihar UMNO sebagai musuh utama PN

Kenyataan Takiyuddin itu dikeluarkan dua hari selepas Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan Barisan Nasional (BN) adalah musuh utama gabungan itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Kenyataan Muhyiddin itu dilihat bercanggah dengan pendirian Pas yang meletakkan Pakatan Harapan (PH) sebagai musuh utama, manakala BN adalah rakan kerjasama mereka.

Dalam pada itu, Takiyuddin menyeru semua pemimpin dan ahli Pas supaya akur dan wala’ kepada arahan Mursyidul Am Hashim Jasin untuk merealisasikan agenda penyatuan ummah.

“Pas sentiasa komited untuk melaksanakan segala usaha ke arah mencapai hasrat penyatuan ummah terutamanya di kalangan rakyat berbangsa Melayu dan beragama Islam berteraskan Ayat 10 Surah al-Hujurat,” katanya lagi.

BACA:

Ini 7 kejayaan Khairulaming yang boleh dijadikan contoh

Kak lina koyak semasa pembukaan Gegar Vaganza, ini puncanya

Ibu nampak something dalam CCTV bilik tidur anak, undang sebak!