Tak tahan asyik mabuk, isteri ‘kapak’ kepala suami sampai mati

Tak tahan asyik mabuk, isteri ‘kapak’ kepala suami sampai mati

Seorang wanita dilaporkan telah membunuh suaminya dengan menggunakan kapak setelah tidak tahan melihat sikap lelaki itu yang sering mabuk, lapor Tribun Manado.

Wanita itu juga telah beberapa kali meminta suaminya untuk menghentikan tabiat buruknya namun tidak diendah.

Kesal permintaannya tidak dituruti, mangsa telah dipukul dengan kapak di kepala sehingga mati.

“Dari pengakuan pelaku, didapati bahawa dia kesal melihat mangsa yang sering mabuk,” kata seorang anggota polis.

Setelah melihat mangsa tidak sedarkan diri kerana dipukul dengan kapak, wanita itu terus meninggalkan mangsa di tempat kejadian dan menyerahkan dirinya kepada Polis Amanuban Selatan.

Mangsa dilaporkan mengalami luka pada bahagian pelipis kanan dan luka pada telinga kiri akibat terkena kapak oleh pelaku.

Mangsa telah dibawa ke Hospital Wilayah Soe untuk mendapatkan bantuan namun malangnya dia tidak dapat diselamatkan.

COMMENTS