‘Tak serik bayar saman?’ – Dakwaan pemimpin Pas kata Anwar benarkan perkahwinan LGBT di Malaysia dikecam

‘Tak serik bayar saman?’ – Dakwaan pemimpin Pas kata Anwar benarkan perkahwinan LGBT di Malaysia dikecam. 5 November 2022 hari penamaan calon telah pun berlalu 2 hari lepas. PRU15 mencatatkan sejarah apabila pada pilihanraya umum pada kali ini ditandingi 945 calon dari seluruh negara. Ada yang 4 penjuru, paling kritikal 10 penjuru.

Bahang berkempen kian dirasai, tiap-tiap parti giat menjalankan kempen, jadual bakal calon wakil rakyat kian padat dengan program-program santuni rakyat.

Lain pula yang jadi dengan kempen oleh bakal calon wakil rakyat dewan undangan negeri di perak. Razman Zakaria bakal calon N.11 Gunung Semanggol mengeluarkan kata-kata fitnah.

“Kalau Anwar Ibrahim ini kita tahu dia akan bawa agenda LGBT dalam negara kita ni, lelaki boleh kahwin lelaki, perempuan boleh kahwin perempuan”

Jika mengikut terma dalam mahkamah, Datuk Seri Anwar Ibrahim ada locus standi untuk saman Razman Zakaria.

'Tak serik bayar saman?' - Dakwaan pemimpin Pas kata Anwar benarkan perkahwinan LGBT di Malaysia dikecam

Pada masa yang sama Datuk Seri Anwar Ibrahim juga bertanyakan kebenaran adakah Razman Zakaria berkata seperti itu?

Sudah pada tahun 2022, modal fitnah ini hanya digunakan parti yang terdesak untuk mengekalkan ‘kemenangan’ tebuk atap pada penghujung mac 2020.

Jika benar yakin akan kemenangan, silalah promosi apa dasar pentadbiran yang berjaya dijayakan negeri yang paling lama ditadbir oleh Parti PAS, bukan mengunakan modal fitnah semata-mata untuk mengekalkan kemenangan.

'Tak serik bayar saman?' - Dakwaan pemimpin Pas kata Anwar benarkan perkahwinan LGBT di Malaysia dikecam

@rakyatcelik Masa jadi kerajaan tak haramkan je DAP? Sebab tak boleh kambing hitam kan DAP la kalau haramkan terus, xde modal nanti nak pakai #pru15 #pilihanraya #pilihanrayaumumke15 #pru15tolakbn #pru15tolakkatak #pru15🔥 ♬ Epic Music(863502) – Draganov89

BACA:

Michael Ang dikecam buat aksi lucah di IG

Kucing ada dua wajah berbeza buat orang ramai terkejut, “bukan edit ni”

Peminat restu hubungan Shuib dan Wan Sharmila, jangan dengan Watie