Tak perlulah saya beritahu siapa lelaki itu

Tak perlulah saya beritahu siapa lelaki itu

Saya akui itu memang saya,”Tak perlulah saya beritahu siapa lelaki itu.Menerusi foto yang tersebar, penyanyi yang popular dengan lagu Pura-Pura Bujang ini sedang bermesra dengan seorang lelaki.

Gambar itu juga memperlihatkan Shima seperti sedang mencium lelaki terbabit yang sedang memegang gelas minuman.

Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli, 28, ketika dihubungi berkata, dia mengakui terkejut apabila ada pihak merakam gambarnya, namun enggan menjelaskan siapa lelaki terbabit.

Memetik laporan Harian Metro Terdahulu, Shima mendedahkan ramai membenci dirinya yang sama sekali tidak mengetahui sebab dan punca sehingga membuatkan dirinya tertekan.

Menurutnya, dia tidak pernah mengganggu, malah jauh sekali menyusahkan kehidupan orang lain. Sementara itu, menerusi hantaran terbaru Instagramnya, dia memuat naik gambar ubat penenang yang diambilnya bertujuan menenangkan diri dari kekusutan.

“Saya akui itu memang saya. Namun, saya minta maaf kerana tak dapat mengulas lanjut,” kata penyanyi dangdut, Baby Shima mengenai gambar dipercayai miripnya bersama seorang lelaki di pusat hiburan di ibu kota yang tular.

“Saya juga tak pernah terlintas nak cetuskan kontroversi. Saya hanya buat kerja sebagai penghibur dan netizen yang memandangnya dari sudut lain,” katanya.

Menurutnya, di dunia realiti dia tetap seperti orang lain yang mempunyai perasaan.

“Namun saya akui kadang-kadang sedih kerana kecaman yang diterima agak keterlaluan sehingga membabitkan dosa dan pahala,” katanya.

BACA: Rasa Tomyam Terlebih Sedap, Rupanya Masak Guna Minyak ni

COMMENTS