Tak pasal-pasal kena denda RM25,000 sebab pasang muzik terlalu kuat

Tak pasal-pasal kena denda RM25,000 sebab pasang muzik terlalu kuat

Pemilik sebuah restoran di Petaling Jaya terkejut apabila didenda RM25,000 oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kerana memainkan muzik menggunakan pembesar suara.

MBPJ berkata, ia satu kesalahan kerana beliau tidak mempunyai lesen hiburan.

Pemilik restoran itu bercadang mengemukakan rayuan terhadap hukuman tinggi itu.

“Sejujurnya, saya tidak boleh kata saya pakar dalam undang-undang tetapi RM25,000 ialah denda tinggi.

“Kami tidak mempunyai ‘live band’ atau kaunter DJ. Kami hanya memainkan muzik di latar belakang. Sebagai pengusaha restoran, saya tidak tahu saya memerlukan lesen hiburan untuk memainkan muzik menggunakan pembesar suara,” tambahnya.

FMT melihat kompaun itu yang menyatakan restoran terbabit di The Square, Jaya One, melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1) (a) serta (b) Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Selangor 1995 (Pindaan 2001) dengan menjalankan aktiviti hiburan (muzik melalui pembesar suara) tanpa lesen daripada MBPJ.

Mereka yang didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM50,000, dipenjara tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya.

Enakmen tersebut memerlukan lesen untuk menyediakan hiburan dan lesen untuk menyediakan hiburan di tempat tertentu.

Sementara itu, pemilih restoran itu berkata, dia mempunyai lesen di bawah skim Perlindungan Hak Cipta Pengarang Muzik untuk memainkan muzik yang disalurkan. (Skim ini melindungi hak cipta penulis lagu dan bayaran dikumpulkan untuk karya mereka yang dipersembahkan di khalayak ramai.)

Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah menyifatkan denda itu “sangat tidak masuk akal” dan menjadi kebiasaan untuk bar serta restoran memainkan muzik menggunakan pembesar suara.

“Saya tidak fikir muzik menggunakan pembesar suara sepatutnya disenaraikan di bawah hiburan,” katanya kepada FMT.

“Muzik ada di mana saja anda pergi, malah penjual jalanan…Adakah itu bermakna orang-orang ini akan didenda juga? Ia benar-benar tidak adil mendenda mereka. Mereka hanya patut diberikan amaran, jika perlu.”

FMT sudah menghubungi MBPJ untuk mendapatkan komen.

Bulan lalu, seorang pemilik restoran memberitahu FMT, beliau memohon deklarasi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak termaktub di bawah Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992 yang penyiaran muzik latar menggunakan pembesar suara memerlukan lesen.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/03/14/denda-rm25000-pasang-muzik-terlalu-tinggi-buat-pemilik-restoran/

COMMENTS